Judul : Kerajaan P Pinang nafi sebar ‘Islam liberal’
link : Kerajaan P Pinang nafi sebar ‘Islam liberal’
Kerajaan P Pinang nafi sebar ‘Islam liberal’
Sebaliknya pimpinan negeri mengalakkan orang Islam membincangkan dan membahaskan topik masyarakat secara intelektual.
GEORGE TOWN: Pimpinan kerajaan DAP-PKR menyangkal tuduhan PAS yang mendakwa Pulau Pinang mempromosikan ‘Islam liberal’ dan mengabai kebajikan orang Islam.
Exco Hal Ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berpendapat PAS memainkan dakwaan itu untuk tujuan politik.
Zairil adalah bekas pengarah Penang Institut dan PAS menuduh beliau mempromosikan ‘Islam liberal’.
“Penang Institute bukan badan agama yang mempromosikan agama atau mazhab.
“Institut hanya menyediakan wadah untuk rakyat membincangkan topik ‘maqasid syariah’. Dalam Islam, nilai-nilai agama juga terdapat dalam perkara seperti tadbir urus dan keadilan,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini.
Zairil berkata mereka mengalakkan perbincangan idea dan pendapat mengenai Islam.
“Saya tak faham apa yang Fauzi cuba sampaikan. Saya rasa ada motif politik di sebalik dakwaannya.”
Beliau menjawab kenyataan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff yang mendakwa Penang Institute menyebarkan Islam liberal.
Fauzi juga menuduh pemimpin DAP itu mempromosikan liberalisme melalui Buletin Mutiara, penerbitan kerajaan negeri yang diterbitkan 2 kali sebulan.
Sementara itu, Malik berkata Pulau Pinang tidak pernah mempromosikan Islam liberal tetapi ‘Islam rahmat bagi seluruh alam’, seperti yang ditunjukkan dalam sambutan Maal Hijrah dan program kerajaan negeri.
Beliau menambah Penang Institute turut menjemput cendekiawan Islam tempatan dan antarabangsa seperti Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Prof Tariq Ramadan untuk meraikan kepelbagaian pandangan dan ideologi.
“Kamu gelar sesuatu itu liberal hanya semata-mata kamu tak suka. Pulau Pinang tidak mahu menghalang rakyatnya berfikir atau mengawal pemikiran rakyat.
“Pulau Pinang negeri mempunyai pemikir hebat dan mengalakkan rakyatnya berbincang dan membahaskan topik secara intelektual,” katanya.
Membalas dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri mengabaikan kebajikan orang Islam, Malik mempamerkan senarai inisiatif kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Islam dan Melayu sejak 2008.
Antara yang disenaraikan adalah pembangunan hab halal pertama di Malaysia, Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang pada 2008. Hab itu menarik pelaburan RM484.2 juta sejak itu.
Pada 2009, Pulau Pinang menubuhkan sebuah majlis syura. Kerajaan negeri juga bertanggungjawab mengasaskan Yayasan Islam Pulau Pinang, di mana Hospital Islam Antarabangsa bernilai RM280 juta akan mula dibina bulan depan.
Sekolah Islam Antarabangsa juga akan mula dibina pada pertengahan tahun ini.
Wakaf Pulau Pinang juga ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Malik berkata kerajaan negeri mengambil langkah memelihara kampung warisan Melayu di Tanjung Tokong dan Batu Uban, dan tidak mengenepikan nelayan Melayu yang terkesan dengan projek tambakan laut di selatan negeri itu.
“Tiada masyarakat nelayan kehilangan tempat tinggal kereana projek itu dan nelayan serta anak-anak mereka akan menjadi sebahagian daripada pembangunan yang akan memacu Pulau Pinang.”
Malik menepis dakwaan mengatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng mencampuri proses penfatwaan dan menafikan hak orang Islam memperkasakan mahkamah syariah.
“Pindaan rang undang-undang syariah perkara perundangan. Untuk meluluskan usul itu, perlembagaan perlu dipinda dan rakyat perlu difahamkan.
“Jadi mana mungkin kerajaan negeri menafikan hak orang Islam sedangkan usul itu belum lagi dibentangkan dan dibahaskan (di Parlimen)?,” katanya, merujuk kepada cadangan PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), yang dibantah DAP.
Malik berkata kerajaan Pulau Pinang tidak rasis dan tidak memberi layanan berbeza kepada golongan tertentu seperti yang didakwa PAS.
Katanya kerajaan negeri tidak berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap penjaja Melayu, dan membantu penjaja dan peniaga mendapatkan lesen dan tempat yang sesuai untuk berniaga.
Malah, pasar malam Pulau Pinang didominasi peniaga Melayu, tambahnya.
“Kami bantu dan menyokong semua yang perlukan bantuan. Saya ingin tekankan kepada pimpinan parti politik untuk tidak memfitnah kerajaan negeri dan membesar-besarkan perkara remeh dan terpencil.
“Kami akui kerajaan negeri tidak sempurna, kerana itu kami sentiasa perbaiki tadbir urus dan sistem penyampaian demi kebaikan rakyat,” katanya.
Wakil rakyat PKR menyarankan pengkritik yang merasakan kerajaan negeri tidak berusaha sebaik mungkin supaya memberi “kritikan membina”.
FMT
Demikianlah Artikel Kerajaan P Pinang nafi sebar ‘Islam liberal’
Sekianlah artikel Kerajaan P Pinang nafi sebar ‘Islam liberal’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan P Pinang nafi sebar ‘Islam liberal’ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kerajaan-p-pinang-nafi-sebar-islam.html