Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik?

Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik?
link : Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik?

Baca juga


Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik?


Agak pelik apabila geng Parti Cap Bunga Raya meroyan di laman-laman sosial menyalahkan Kerajaan apabila Proton Holdings Berhad ingin mendapatkan rakan strategik untuk syarikat berkenaan. Syarikat Geely dikatakan mendahului pembidaan untuk rakan strategik Proton berbanding pembida lain termasuk PSA Group (menghasilkan kereta Peugeot dan Citreon). 

Pertama, Proton bukan lagi dimiliki oleh Kerajaan. Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh TS Syed Mokhtar Al-Bukhari, seorang billionaire dan individu ke 10 terkaya di Malaysia. DRB-HICOM telah mengambilalih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. 

Pengambilalihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada tahun 2011/12 disokong oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, pengasas Proton. DRB-HICOM telah melantik Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton sehinggalah beliau meletak jawatan semasa masalah kewangan berada pada kemuncaknya.

Kedua, Proton telah memohon pertolongan kewangan berbentuk geran daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat. Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton.

Oleh itu, tidak sepatutnya timbul sebarang persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia menjual pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi 'rakan teknikal' Proton dibuat oleh DRB-HICOM, pemilik Proton itu sendiri.


Demikianlah Artikel Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik?

Sekianlah artikel Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Geng Bunga Raya Meroyan Salahkan Kerajaan Apabila Proton Ingin Mengadakan Kerjasama Strategik? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kenapa-geng-bunga-raya-meroyan-salahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :