Judul : Kebuluran di Somalia, semua 'kunci mulut'
link : Kebuluran di Somalia, semua 'kunci mulut'
Kebuluran di Somalia, semua 'kunci mulut'
Sinar Harian
Berjuta-juta kanak-kanak di negara ini punyai risiko kebuluran.
SOMALIA - AFRIKA TIMUR. Apabila krisis kemanusiaan dunia berlaku saban hari, pihak media kini lebih memberikan tumpuan pada insiden yang lebih memberi kesan seperti isu di Syria dan para pelarian negara asing.
Sebuah laman web Save the Children melaporkan berjuta-juta kanak-kanak di negara ini punyai risiko kebuluran hingga menyebabkan kematian melainkan mendapat bantuan segera.
Menurut Pengarah Serantau Save The Children, David Wright mendakwa tidak seperti krisis lain, kemarau teruk di Afrika tidak diberi perhatian sepenuhnya.
"Saya bertemu dengan keluarga dan kanak-kanak yang menderita akibat krisis kelaparan ni dan kita juga memperluaskan program untuk memenuhi keperluan mangsa-mangsa ini.
"Namun begitu, saya hairan mengapa seluruh dunia tidak memberikan perhatian kepada perkara ini," katanya lagi.
Kemarau panjang membuatkan tanaman gagal untuk hidup menyebabkan puluhan keluarga hilang punca pendapatan.
Malahan ada keluarga yang terpaksa mengikat perut dan makan sekali sehari menyebabkan mereka kekurangan nutrisi.
Apakan daya, hanya makanan termurah sahaja yang mampu dibeli dan tanpa makanan mencukupi kanak-kanak ini menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.
Walaupun kemarau sering terjadi di Afrika namun begitu ia sangat jarang berlaku apabila banyak daerah-daerah terjejas dalam satu masa yang sama.
Selalunya dari Oktober hingga Disember, hujan akan turun bagaimanapun pada penghujung tahun lepas menyaksikan purata hujan yang amat membimbangkan
Demikianlah Artikel Kebuluran di Somalia, semua 'kunci mulut'
Sekianlah artikel Kebuluran di Somalia, semua 'kunci mulut' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kebuluran di Somalia, semua 'kunci mulut' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kebuluran-di-somalia-semua-kunci-mulut.html