Judul : JIKA BENAR ADA MENTERI KANAN LETAK JAWATAN BN TUMBANG PRU 14
link : JIKA BENAR ADA MENTERI KANAN LETAK JAWATAN BN TUMBANG PRU 14
JIKA BENAR ADA MENTERI KANAN LETAK JAWATAN BN TUMBANG PRU 14
Azmin minta Najib jangan terlalu teruja
Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
KLANG - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlalu 'teruja' menyanggah dakwaan peletakan jawatan seorang menteri kanan kabinet yang tular di media sosial.
Mengakui tidak terkejut dengan penafian Najib, Mohamed Azmin menerusi kenyataan balas di Twitter berkata, lambat laun, kebenaran pasti akan terserlah jua.
"Jangan terlampau teruja, @NajibRazak (perdana menteri). Tenang. Kebenaran akan terserlah," katanya menerusi Twitternya, malam tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin tipu, tiada menteri letak jawatan: PM]
Sementara itu, Mohamed Azmin ketika ditemui Sinartv selepas Majlis Makan Malam Amal Jaksa Pendamai Selangor di sini, malam tadi berkata, apa yang dikatakannya itu benar memandangkan maklumat mengenai peletakan jawatan itu disampaikan orang terbabit sendiri kepadanya baru-baru ini.
"Maklumat itu (datang) terus daripada orang yang berkenaan.
"Beliau (perdana menteri) memang perlu menafikannya. Tunggu, kita akan umumkan," katanya.
Petang semalam, Mohamed Azmin membayangkan peletakan seorang menteri daripada kabinet Najib menerusi catatan di Twitter.
Bagaimanapun Adun Bukit Antarabangsa itu tidak memberikan sebarang bayangan mengenai identiti tokoh terbabit kecuali menyatakan dia adalah seorang menteri kanan.
Sejurus selepas itu, Najib menerusi laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan ada menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletak jawatan.
Kata perdana menteri, beliau menganggap Azmin berbohong, kecuali menteri besar Selangor itu menyatakan nama menteri yang dimaksudkan.
Demikianlah Artikel JIKA BENAR ADA MENTERI KANAN LETAK JAWATAN BN TUMBANG PRU 14
Sekianlah artikel JIKA BENAR ADA MENTERI KANAN LETAK JAWATAN BN TUMBANG PRU 14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JIKA BENAR ADA MENTERI KANAN LETAK JAWATAN BN TUMBANG PRU 14 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/jika-benar-ada-menteri-kanan-letak.html