[JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR

[JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR
link : [JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR

Baca juga


[JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR


Lumpuh separuh badan akibat dipatuk ular


Akibat dipatuk ular, seorang warga emas terpaksa menderita lumpuh separuh badan sejak dua tahun lalu.

Warga emas terbabit, Zainun Abu bakar, 57, mendakwa, dia telah dipatuk haiwan berbisa itu sekitar tiga tahun lalu.

Menurutnya, selepas dipatuk ular, dia telah mendapatkan rawatan namun setahun kemudian, bisa ular yang masih ada merebak dan membuatkan separuh badannya lumpuh.

“Sekarang makcik hanya mampu terlantar, selain terpaksa bergantung pada kerusi roda... suami, Abdul Yop, 87, yang jaga dan uruskan makcik,” katanya.

Nasib yang menimpa Zainun mendapat perhatian Adun Pulau Tawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail yang datang berkunjung ke rumahnya sempena Ziarah Kasih anjuran Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Kota Gelanggi dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), di sini.

Ahmad Shukri turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas berkenaan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Selain berkunjung ke rumah Zainun, Ahmad Shukri turut berkunjung ke lima rumah pesakit kronik tanah rancangan berkenaan termasuk rumah pesakit strok, Salihah Min, 78.

Sementara itu, anak Salihah, Kasimah Mohamad, 58, berkata, ibunya diserang strok sebanyak dua kali dan serangan kali kedua mengakibatkan Salihah hanya mampu terlantar.

“Kali pertama diserang strok adalah sekitar tiga tahun lalu. Namun ia tidak seteruk kali kedua ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi GPW Felda Kota Gelanggi 2, Siti Zabedah Sudin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan atas sumbangan yang dihulurkan oleh Adun Pulau Tawar itu.

Katanya, program ziarah itu merupakan program julung kali diadakan dan bakal dijadikan program bulanan. Selain sumbangan Adun, hasil kutipan tabung GPW sedikit sebanyak akan disumbangkan untuk membeli keperluan pesakit kronik yang ada di tanah rancangan itu.




Demikianlah Artikel [JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR

Sekianlah artikel [JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] LUMPUH SEPARUH BADAN AKIBAT DIPATUK ULAR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/jerantut-lumpuh-separuh-badan-akibat.html

Subscribe to receive free email updates: