[HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU

[HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU
link : [HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU

Baca juga


[HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini masih belum memutuskan sama ada akan mengadakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau tidak.
Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, parti Islam itu akan terus mengadakan rundingan dengan BERSATU.
Malah beliau turut menegaskan, rundingan itu akan diteruskan sampai bila-bila dan tidak terikat dengan mana-mana tempoh masa.
"Secara keseluruhannya Jawatankuasa Perunding (PAS) akan teruskan perundingan dengan BERSATU dan kita juga meneliti beberapa perkara dalam muafakat ini.
"Tak ada tempoh (tamat rundingan) dan tak terikat dengan tempoh," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Gombak hari ini.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut menjelaskan, walaupun adanya rundingan dengan BERSATU namun keputusan muktamad terletak pada Majlis Syura.
Katanya lagi, 'kerjasama' dengan BERSATU itu juga akan dipantau bagi memastikan parti serpihan Umno itu tidak bersama parti politik yang menyerang PAS.
"Jawatankuasa Perunding ada beberapa prinsip. Yang nak kita tegaskan ialah walaupun tak ada perjanjian keseluruhan tapi kita tak nak mereka (BERSATU) bersama dengan parti yang menyerang PAS.
"Saya fikir ini adalah polisi biasa.
"(Bagaimanapun) Jawatankuasa Perunding tak ada mandat. Kita hanya runding, lepas runding bawa pada Pusat dan seterusnya pada Majlis Syura," katanya lagi.
Bercanggah dengan Hadi?
Ditanya tentang kenyataannya yang dilihat bercanggah dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim berkata:
"Nanti saya semak (kenyataan) itu," katanya.
Abdul Hadi hari ini dilaporkan, berkata PAS membuat keputusan muktamad untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.
"Terpulang kepada dia (BERSATU) untuk bekerjasama dengan DAP atau AMANAH tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut," katanya yang dipetik Bernama.


Demikianlah Artikel [HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU

Sekianlah artikel [HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [HADI CAKAP LAIN] Hari ini Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/hadi-cakap-lain-hari-ini-mesyuarat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :