Judul : Guru perlu tahu cara bijak tangani psikologi selepas bersalin
link : Guru perlu tahu cara bijak tangani psikologi selepas bersalin
Guru perlu tahu cara bijak tangani psikologi selepas bersalin
WANITA lepas bersalin perlu bijak menangani proses perubahan psikologi yang normal terjadi pada seorang ibu selepas bersalin atau dikenali sebagai pospartum blues bagi mengelakkan ia membawa kepada penyakit mental.
Ketua Pegawai Psikologi, Unit Kaunseling Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) HEPA, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Rosni Mohammad berkata, terdapat tiga gangguan mental selepas bersalin sekiranya gangguan emosi yang dialami tidak ditangani dengan baik.
Menurutnya, antara gangguan mental itu ialah postpartum blues iaitu perubahan emosi normal dan tidak serius, kemurungan (pospartum depression) dan penyakit mental (postpartum psikosis) atau dipanggil gila meroyan.
“Postpartum blues biasanya tidak membawa kepada penyakit mental jika ditangani dengan baik kerana perubahan kehidupan semasa berpantang akan berkurangan dari hari ke hari dan biasa akan berkurangan jika kelahiran seterusnya kerana ibu sudah pandai sesuaikan diri.
“Masalah peribadi, masalah kewangan, masalah rumah tangga dan sebagainya jika selalu difikirkan dan tidak diatasi akan membawa kepada murung.
Emosi ini lebih teruk daripada emosi postpartum blues dan biasa libatkan 10 hingga 20 peratus ibu hamil, ibu keguguran bayi terutama bayi pertama atau kematian bayi mereka,” katanya.
Mengulas mengenai penyakit gila meroyan, Rosni berkata, ia satu gangguan perasaan yang jarang berlaku dan biasa libatkan seorang hingga dua orang dari 1,000 wanita selepas bersalin.
“Gila meroyan berpunca dari perasaan resah dan tidak tenang. Emosi yang tidak stabil. Tidak tidur malam dan seterusnya jika semakin serius akan meracau dan bercakap seorang diri. Mereka hidup dalam dunia tidak nyata.
“Kadangkala mereka dengar suara (halusinasi) yang arahkan mereka cederakan atau membunuh mereka di sekitar atau bayi mereka sendiri. Ada juga yang benci bayi mereka dan ada ibu bertindak bunuh diri,” katanya.
Menurut Rosni, halusinasi terbahagi pada dua iaitu pertama, visual tanggapan terhadap pengalaman lalu yang mendukacitakan atau mengerikan serta bayangan yang boleh menyebabkan kebingungan melampau.
Kedua, auditori iaitu seakan dengar sesuatu yang mendorong kepada perkara tidak elok.
“Terdapat banyak cara untuk atasi halusinasi iaitu kuatkan rohani diri. Ibu hamil mesti amalkan gaya hidup yang patuh pada agama agar diri reda dan tabah dalam setiap ujian mendatang.
“Selain itu, sokongan suami dan orang sekeliling penting kerana wanita mengandung dan bersalin atau berpantang biasanya dalam emosi lemah. Mereka mudah marah, perasaan berubah kadangkala sedih atau ingin menangis secara tiba-tiba, letih dan kurang tidur kerana berjaga malam atau kesakitan proses kelahiran secara pembedahan atau normal yang agak sukar,” katanya.
Sumber: GPS Bestari

Demikianlah Artikel Guru perlu tahu cara bijak tangani psikologi selepas bersalin
Sekianlah artikel Guru perlu tahu cara bijak tangani psikologi selepas bersalin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru perlu tahu cara bijak tangani psikologi selepas bersalin dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/guru-perlu-tahu-cara-bijak-tangani.html