Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''!

Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''!
link : Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''!

Baca juga


Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''!

Gambar fail
Zaman sekarang dah banyak penghubung komunikasi. Ada Facebook, WhatsApp, Instagram, Yahoo dan sebagainya. Yang paling kerap digunakan adalah aplikasi WhatsApp.

Bukan sekadar remaja, bahkan guru, ibu bapa, usahawan, pekerja, pelajar dan lain-lain, menggunakan WhatsApp untuk sebar dan kongsi maklumat.

Sejak grup WhatsApp beroperasi, ramai merasakan kerja mereka makin mudah. Ibu bapa pula tidak perlu lagi nak ke sekolah, semata-mata mahu dapatkan info sekolah dan perkembangan anak. WhatsApp saja cikgu kelas.

Ada grup WhatsApp ni, kita kena guna sebaik mungkin. Manfaatkannya dengan perkara-perkara yang sepatutnya. Ini tidak, ada ibu bapa join grup WhatsApp guru dan ibu bapa, seakan menyalahgunakan kemudahan tersebut. Apa yang dipost dalam grup, seolah-olah menganggap cikgu itu 'bibik' atau 'amah'.

"Cikgu, botol air anak saya hilang, tolong carikan."

"Pagi tadi anak saya makan roti, mintak cikgu beli nasi goreng untuk dia waktu rehat nanti. Terima kasih cikgu"

"Saya lupa beli pensel warna. Pinjam cikgu punya boleh?"

"Stoking hilang. Kopiah pun sama. Nanti cikgu tolong carikan. Mungkin hilang masa solat di surau."

Senario di atas biasanya di peringkat sekolah rendah terutamanya murid tahun satu. Peringkat sekolah menengah pula, jarang 'arahan' sebegini. Mereka lebih menjurus kepada sikap dan pencapaian akademik anak-anak.

Kaunselor Berdaftar, CR Afizul Mohammad berkata, memang terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga yang post hal-hal begini ke dalam grup WhatsApp. Walaupun itu sekadar 'minta pertolongan', namun mereka harus ingat, guru-guru bukanlah goyang kaki di sekolah. Mereka juga banyak kerja yang perlu dibuat.

"Sikap sesetengah ibu bapa yang suka mengarah guru melalui grup ini, sebenarnya tidak patut berlaku. Sebagai penjaga, harus faham, guru bukan menjaga seorang pelajar sahaja, maka ia harus bersifat profesional dan saling hormat menghormati," katanya.

Afizul yang juga Pengarah Urusan RichMind Legacy Sdn Bhd ini mengakui, warga pendidik pasti terganggu dengan soalan dan 'arahan' yang diberikan ibu bapa.

Beliau berkata, pendidik perlu menetapkan bilakah waktu yang dibenarkan bertanya. Seandainya guru tersebut tegas dan berdisiplin mengenai isu waktu untuk berinteraksi, pasti ibu bapa memahaminya dan akan terbiasa untuk menggunakan medium ini dengan lebih bijak dan berkesan.

Ditanya kenapa ada ibu bapa suka bertanyakan hal remeh dalam grup, suka memberi 'arahan', jawapan beliau: "Psikologi manusia memang bersifat sukakan kebebasan. Sifat inilah mendorong kepada terlalu bebas menggunakan grup Whatsapp bertanya hal yang tidak sepatutnya.

"Lebih teruk ada yang memberi cadangan tidak boleh diterima akal dan ada juga yang mempromosi sesuatu jualan di grup Whatsapp tersebut.

Ini memberi maksud bahawa psikologi manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan kehendak diri sendiri.

Sebagai ibu bapa penjaga wajar untuk kita tidak melampaui batas semasa berinteraksi dengan guru. Bertanya jika perlu sahaja dan berfikir sebelum bertanya dan menjawab, ini lebih bersifat situasi menang-menang," ujarnya.

Sumber: GPS Bestari

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''!

Sekianlah artikel Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Grup Whatsapp Guru & Ibu Bapa Beri Peluang Arah Cikgu? Cikgu Bukan 'Bibik''! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/grup-whatsapp-guru-ibu-bapa-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :