FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M]

FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M] - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M]
link : FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M]

Baca juga


FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M]


1. Saya amat gembira dengan report polis terhadap saya kerana kononnya membuat kenyataan yang tidak berasas berkenaan Forest City di Gelang Patah yang menelan belanja berbillion Ringgit.

2. Walaupun bodoh tetapi laporan polis yang dibuat berjaya menarik perhatian kumpulan yang pekak, buta dan tuli (PBT). Saya akan membuat penjelasan yang lebih panjang dan mempamerkan fakta-fakta berkenaan projek ini apabila saya dihadapkan ke mahkamah.

3. Yang saya hairan ialah kenapa orang PBT ini tidak report kepada polis akan laporan dalam beberapa akhbar oleh Bloomberg, sebuah agensi berita berkenaan ekonomi.

4. Besar kemungkinan puak PBT ini tidak baca, atau kalau baca sekalipun tidak faham. Yang dilapor oleh Bloomberg lebih dari yang saya sebutkan dalam ucapan saya.

5. Sekarang selepas saya jelaskan asas dakwaan saya, buatlah laporan polis terhadap Bloomberg. Tetapi saya yakin mereka tidak berani. Tujuan laporan mereka terhadap saya bukan diasaskan kepada kenyataan saya itu tidak betul. Laporan dibuat untuk menghentikan saya dari bercakap benar. Dalam Malaysia sekarang ini kebenaran amat ditakuti. Pembohongan disanjung tinggi.

6. Saya syorkan NGO-NGO ini membuat lawatan ke Forest City untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan di Bandaraya berkenaan. Cuba sahkan penduduk dan pembeli bangunan-bangunan di sini terdiri dari orang tempatan, terutama orang Melayu.

7. Sahkan juga bahawa tanah ini disewa dan bukan dimiliki kekal seperti yang tertulis di papan tanda yang didirikan dan siaran kepada bakal pembeli dari Cina.

8. Dahulu, di waktu kita kurang bijak, Singapura telah dijual ke British. Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor.

9. Penjualan tanah untuk dibangun dan diduduki oleh orang asing selama-lamanya tidak banyak berlainan dengan penjualan Singapura.

10. Malangnya PBT tak mungkin faham implikasi penjualan tanah Johor ini. Jauh sekali dari menyamakannya dengan Singapura.


11. Nasib baik lebih ramai rakyat Johor yang boleh faham tentang masalah penduduk asing yang akan berada di Johor selama-lamanya. Tidak ada mana-mana negara di dunia yang sanggup menerima kemasukan ramai orang asing ke negara mereka.

12. Amerika dengan penduduk seramai 325 juta pun menolak kemasukan orang Mexico dan oleh Trump, orang Islam.

13. Di Palestin, pembinaan bandar-bandar untuk orang Yahudi di tanah milik orang Palestin ditentang oleh mereka. Di Eropah kemasukan pelarian dari Syria dan lain-lain negara Arab dan Afrika dihalang oleh mereka.

14. Jika majoriti rakyat Johor menolak Forest City dengan kemasukan orang asing, pendirian mereka tidak sedikitpun berbeza dari pendirian bangsa-bangsa lain terhadap kemasukan beramai-ramai orang asing untuk tinggal di negara mereka.

15. Sesungguhnya NGO-NGO ini mengkhianati bangsa dan negara kerana menyokong penjualan wilayah di Malaysia kepada orang asing yang akan mendiri bandar-bandar mewah diduduki dan dimiliki selama-lamanya oleh mereka.



Demikianlah Artikel FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M]

Sekianlah artikel FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M] dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/forest-city-ngo-lapor-polis-tun-m-sedia.html

Subscribe to receive free email updates: