Judul : Dr. Ismail perintis Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif
link : Dr. Ismail perintis Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif
Dr. Ismail perintis Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif
Peserta Bengkel Merancang PAK-21 Melalui Aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran ASIE mencuba perisian itu di SMK Dato Shahardin, Labu, Negeri Sembilan, baru-baru ini. |
Menurut Dr. Ismail, CIDS ini dihasilkan daripada penambahbaikan Model ASIE yang merupakan model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).
“Penambahbaikan yang dibuat berdasarkan cadangan pihak penilai di peringkat antarabangsa supaya Model ASIE dijadikan satu bentuk sistem reka bentuk pengajaran yang dinamakan sebagai CIDS yang belum lagi wujud dalam mana-mana negara,” katanya.
Model ASIE versi baharu 3.0 sedang dirintis di beberapa buah sekolah di daerah Klang dan Tanjung Karang, Selangor serta di Negeri Sembilan.
Pada Disember 2016, ramai peserta antarabangsa memberi maklum balas positif terhadap Model ASIE yang dibentangkan di Universiti Freiburg, Jerman.
Malah, Model ASIE juga dijadikan kajian akademik untuk dilaksanakan dalam kalangan guru-guru praperkhidmatan di Turki.
Dalam masa terdekat, Model ASIE akan dilengkapi beberapa ciri baharu seperti aspek Professional Learning Community (PLC) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru.
Menurut Dr. Ismail, konsep PLC dalam Model ASIE ini membolehkan guru berkongsi ilmu dengan komuniti luar di dalam dan di luar negara daripada pelbagai disiplin pengetahuan serta kepakaran.
“Interaksi itu membantu mendapatkan input bagaimana pembelajaran yang diajar berkaitan rapat dengan isu kebolehpasaran kerja pelajar, dan ini memantapkan lagi PdPc guru” ujarnya.
Selain itu, Utusan Pelajar menggunakan Model ASIE sebagai senarai semak untuk guru merancang pelaksanaan PAK-21 di sekolah.
-Utusan Malaysia
Demikianlah Artikel Dr. Ismail perintis Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif
Sekianlah artikel Dr. Ismail perintis Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr. Ismail perintis Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/dr-ismail-perintis-sistem-reka-bentuk.html