Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa

Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa
link : Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa

Baca juga


Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa

KLANG 13 Feb. – Doktor merupakan kakitangan awam yang pa­ling ramai dikesan ponteng kerja dan ada antara mereka ‘hilang’ selama 200 hari tanpa dapat dikesan.

Pendedahan serius itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa sendiri dan kata beliau, kebiasaannya mereka yang ponteng kerja adalah doktor pelatih.

Menurut Ali, sikap tidak amanah itu menjadi penyebab utama mengapa bidang perubatan menjadi sektor yang pa­ling ramai kakitangannya diberhentikan kerja.

Jelasnya, disebabkan masa­lah disiplin tersebut, negara rugi besar kerana kos untuk melahirkan seorang doktor tidak murah iaitu mencecah RM1 juta seorang.

“Punca sebenar masih belum dikenal pasti, tapi kemungkinan besar mereka ini tidak tahan dengan tekanan kerja atau tidak mampu memikul tanggungjawab untuk menjadi seorang doktor.

“Mungkin juga semasa latihan mereka tidak mendapat kemahiran dengan bagus atau mungkin juga ada silap di pihak universiti menyebabkan mereka tiada kepakaran yang sepatutnya sehingga berasa tertekan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ali membe
ritahu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diminta untuk melihat dan memperbaiki situasi tersebut.

“Mereka ini ditaja oleh kerajaan, keluarga dan badan-badan tertentu dengan kos sehingga RM1 juta, jadi rugi mereka tidak hadir tugas dan tidak mahu kerja.

“Sebab itu kita perlu cari jalan untuk galakkan mereka te­rus berkhidmat dan kalau benar puncanya adalah tekanan, saya akan bincang dengan Kementerian Kesihatan termasuk memberi program tertentu kepada mereka,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa

Sekianlah artikel Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Doktor, penjawat awam paling ramai ponteng, dibuang kerja – Ali Hamsa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/doktor-penjawat-awam-paling-ramai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :