Judul : Delima ditakdirkan menjadi 'anak cikgu'
link : Delima ditakdirkan menjadi 'anak cikgu'
Delima ditakdirkan menjadi 'anak cikgu'
Anak cikgu. Oh, alangkah bertuahnya jadi anak cikgu. Semuanya nampak serba sempurna. Dilantik pula jadi Ketua Pengawas, paling kurang pun mesti jadi pengawas. Mesti duduk dalam kelas pertama atau kedua. Sebab anak cikgu biasanya memang bijak. Anak cikgu ni, satu sekolah semua kenal. Maklumlah, kalau ditanya Shima yang mana satu... “Ala, Shima anak cikgu Noraini tu...” Biasanya anak cikgu ni cantik, kacak. Entahlah...kebetulan atau memang begitu kejadiannya. Jadi, anak cikgu akan jadi pujaan ramai.
Pergi dan balik mesti dengan kereta. Yelah, mestilah balik dengan ibu atau bapanya yang bergelar guru di sekolah itu. Paling ‘best’, masa rehat di kantin mesti dapat makan di dalam bilik yang dikhaskan untuk guru. Makanan memang menarik sikit berbanding yang dijual di kaunter kantin. Oh, memang ‘best’ kalau jadi anak cikgu.
Oh...ini senario zaman sekolah tahun 80-an, 90-an.
Adakah masih sama senario ‘anak cikgu’ zaman milenium ini?
Lihat sahaja di sekeliling anda. Apa pun, ia masih bergantung pada cara didikan seorang guru kepada anaknya. Dunia semakin maju, terarah ke hadapan. Fikiran makin terbuka. Di rumah, boleh lah anak itu dilayan seperti mana layanan sorang ibu ataupun bapa, namun di sekolah istilah anak murid tetap diguna pakai agar terbina kehormatan dan garis sempadan seorang guru dan anak muridnya.
Lantaran itu, penulis ingin sekali berkongsi kisah seorang insan yang menggunakan nama Lord Zara yang bergelar anak kepada ibu bapanya yang bergelar ‘GURU’. Mudahkah menjadi seorang ‘anak cikgu’? Ikuti coretan di dalam blognya yang disiarkan pada Mei 2011.
Ini kisah zaman persekolahannya. Memang bertahun sudah berlalu, namun tetap akan menjadi kenangan dan inspirasi untuk anak-anak dan pelajar alaf ini. Dulu dan kini memang berbeza, namun taatnya anak kepada ibu bapa dan hormatnya pelajar pada guru takkan pernah berubah walau zaman kian berubah. Itu yang pasti! Yang baik jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Bacalah dengan mata hati.
-----------------------------------------------------------
Kau ingat senang jadi anak cikgu?

Nak ucapkan selamat hari guru lagi ke?
Bolehlah agaknya sebab pada aku hari guru adalah sepanjang tahun dan setiap detik waktu. Dilahirkan oleh seorang guru dan dibesarkan oleh guru juga. Puan Mulia dan Tuan Ketua Keluarga adalah pendidik yang digelar cikgu. Maka, sejak kecil sebenarnya hari guru itu telah disambut sebenarnya.
Apa pun, selamat hari guru buat tahun kedua buat diri sendiri.
Puan Mulia yang ke dua puluh lima.
Tuan Ketua Keluarga yang ke dua puluh empat.
Untuk adik aku, dia belum lagi layak diucapkan sebab masih belajar lagi untuk menjadi cikgu.
Senyum.
Semenjak aku kenal erti hidup (macam Maya Karin punya lagu dulu-dulu), kalau orang sebut anak cikgu mesti ada sedikit pandangan yang masyarakat dengan skeptikal akan cakap secara berbisik atau terang-terangan. Membesar dengan pandangan begitu membuatkan aku secara jujurnya meletakkan pandangan masyarakat adalah sesuatu yang mempunyai baik dan buruknya. Yang baik ambil, yang buruk kita baling dalam tong sampah (sebab ada seorang kawan aku kata, habis madu, sepahnya jangan buang bersepah. Sila buang dalam tong sampah).
1.Sentiasa dibanding bezakan dengan anak rakan sekerja atau anak murid.
Aku tak tahulah kalau masa aku baru nak pandai berjalan, bertatih atau bercakap sudah dibandingkan atau tidak. Itu aku kurang pasti. Tapi kalau melihat kawan-kawan di sekolah sekarang ini, mereka ada juga bercakap bila anak mereka sudah pandai bertatih atau macam-macam lagi. Kiranya perkembangan anak masing-masing diketahui. Benda bagus sebenarnya sebab ada ilmu yang dikongsikan. Lebih-lebih lagi rakan sekerja aku adalah yang berpengetahuan dan mencari ilmu di Internet juga. Aku pasang telinga dengar, manalah tahu ada rezeki dapat anak sendiri suatu hari nanti. Cewah!
Tapi kalau aku dulu, memanglah sudah lali dengar Puan Mulia cerita balik apa kawan-kawan dia cerita di sekolah tentang anak masing-masing. Memanglah bengang. Kalau dia cerita yang baik fasal aku tak mengapa, dia akan dengan rendah dirinya beritahu anak dia ini tak hebat mana pun (baiklah, mengaku bahawa aku tak hebat macam orang lain yang masuk asrama semua tu).
Puan Mulia: Cubalah belajar pandai-pandai. Anak-anak kawan Mak semua masuk asrama.
Aku: Mak yang tak beri Along masuk asrama.
Puan Mulia: Kalau masuk asrama boleh dapat markah tinggi ke?
Aku: Manalah tahu kan?
Puan Mulia: Belajar kat rumah pun bagus apa.
Aku: Dah tu cakap anak orang lain lagi pandai.
Puan Mulia: Banyak A budak-budak tu semua dapat.
Aku: Nak banding dengan orang yang masuk MRSM, SBP, mana nak sama. Kalau budak-budak tu semua tak dapat banyak A memang malu. Dah kata semua sekolah budak-budak pandai. Mana boleh nak bezakan dengan Along yang sekolah biasa? Peperiksaan pun tak sama.
Puan Mulia: Habis anak penoreh getah sekolah Mak boleh dapat A lagi banyak dari kau? Peperiksaan pun sama kan? Setara dari negeri.
Bila kena ayat terakhir tu terus insaf.
Memanglah kalah kan? Tan boleh nak bantah lagi, maka belajarlah sekuat dan sekeras entah apa pun aku tak tahu asalkan Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat gembira. Ya, aku dulu belajar dengan niat agar mereka berdua tidak akan malu bila setiap kali keputusan peperiksaan keluar. Niat tak berapa nak betul kan?
2. Dibandingkan dalam keluarga
Ini sebenarnya sama sakit dengan yang pertama. Tapi ini lagi kejam sebenarnya. Kata-kata kiasan yang menusuk kalbu dan kau tidak boleh nak membantah sesuka hati memandangkan dibezakan di dalam keluarga. Apalah nak dibandingkan makan dalam hati kau dengan kata-kata orang yang digelar keluarga dan ditautkan bukan setakat pada ikatan macam di Mukabuku tetapi darah keturunan. Memanglah payah.
Ayah 1: Kau tengok sepupu kau tu. Belajar pandai. Malu kalau kau belajar tak pandai. Apa orang kata?
Ayat 2: La, tak dapat nombor 1 ke? Kan mak bapak kau cikgu?
Ayat 3: Anak cikgu pun tak dapat 5A? Apa la. Kesian, mak bapak ajar anak orang kat sebelah, anak mereka tak jadi orang.
Sesuatu yang aku gembira dengan diri aku adalah kemarahan aku akan aku salurkan kepada sesuatu yang baik (aku rasa baik). Aku bengang dengan orang yang mengata aku begitu dan melibatkan Mak dan Abah aku yang bukannya duduk ambil peperiksaan dengan aku dan bukannya mengajar aku di dalam kelas, maka, aku belajar bersungguh untuk menutup mulut orang begitu. Dan benda itu membuatkan aku terbiasa buat segala-galanya sendiri demi membuatkan orang berhenti bercakap sewenang-wenangnya tentang aku. Tapi kalau dah mulut manusia, apa mereka kira kan?
3. Jarang kena pukul dengan cikgu di sekolah, tetapi di rumah selalu.
Seingat aku, hanya 3 kali aku pernah dipukul oleh cikgu di sekolah. Boleh dikira maka kiranya bolehlah disandarkan kononnya budak baik yang naif serta patuh kepada peraturan (ayat biasa budak sekolah : skema). Ya, aku budak skema yang selalu ketakutan dengan peraturan walaupun ada orang selalu kata peraturan yang ada bermaksud kita perlu langgar peraturan tu.
Sekali masa Darjah 3, kena lempang dengan seorang guru perempuan yang berbadan tegap. Memang berbekas lima jari dia di muka aku. Puncanya lupa bawa buku bahasa Inggeris. Sampai mati aku akan ingat kena lempang dengan cikgu ini. Kena lempang sebelum rehat, masa rehat aku habiskan dengan belek muka yang ada kesan tampar. Bukan aku seorang, tapi ramai budak sekelas. Kalau budak lelaki lagi sadis. Dia akan tarik kolar baju budak lelaki, sampai kaki tak jejak lantai dan lempang. Gila kan?
Sekali masa Tingkatan 1, sebab tak tahu nak jawab soalan Sejarah. Kena rotan dengan pembaris besi di tangan. Memang kesannya sanggup buat apa sahaja demi Sejarah sebab takut dengan cikgu yang ajar. Kalau budak perempuan kena pukul dengan pembaris besi di tangan, budak lelaki akan kena pukul dengan kayu pemadam papan hitam yang tebal dan besar tu di punggung. Setiap kali budak lelaki kena, memang terangkat punggung. Gila sakit agaknya. Kena pembaris besi pun dah tak boleh menulis seharian. Kesan malu lagi tebal sebenarnya.
Sekali lagi adalah masa Tingkatan 3. Hari terakhir sekolah. Tak pakai kasut sekolah, pakai kasut apa entah masa itu. Sebab ada persembahan. Maka malas bawa dua kasut. Mana nak tahu yang cikgu disiplin tahan dan buat pemeriksaan. Kena rotan sekali di tangan atas kesalahan tak pakai kasut sekolah. Bengang juga sebenarnya sebab dah hari terakhir sekolah sebelum masuk Tingkatan 4 tahun hadapannya.
Itu di sekolah. Yang di rumah lagi banyak sebenarnya. Sebab itu aku kurang jelas dengan hukuman guru di sekolah sebab aku selalu dihukum oleh guru di rumah. Mestilah merujuk kepada Puan Mulia dan Ketua Keluarga kan? Kena sebat dengan rotan, dengan penyangkut baju, dengan getah paip pun pernah. Apa la sangat dengan pembaris besi kan?
Ketawa perit.
Kena lempang dengan cikgu di sekolah manalah sesakit kena lempang dengan Puan Mulia atau Ketua Keluarga? Lagi sakit kena dengan cikgu di rumah daripada di sekolah. Tapi di sebalik kena hukuman semua itu, aku paling tak tahan kalau Puan Mulia atau Ketua Keluarga memulakan sesi ceramah ataupun buat keputusan tidak mahu bercakap dengan aku dalam diam-diam. Tiba-tiba boikot aku. Itu memang paling sakit dan aku rasa memang diri aku teruk sangat kalau mereka buat begitu. Aku lagi rela kena pukul dari kena boikot begitu.
Sadis aku ni.
4. Anak cikgu kena jadi contoh segalanya.
Anak cikgu kena pandai.
Anak cikgu kena baik.
Anak cikgu kena bersopan santun.
Anak cikgu kena jadi yang terbaik.
Anak cikgu mesti jadi ketua segala,
Semua pun anak cikgu mesti yang paling bagus.
Mati.
Aku budak sederhana. Yang hanya nombor dua dalam sekolah lepas peperiksaan SPM.
Aku budak yang baik jugalah. Tengok ada perkataan jugalah, maksudnya tak baik sangat.
Aku budak yang err, sopan santun tu macam perempuan lemah gemalai ke? Aku tak.
Aku budak yang kedua terbaik masa SPM. Bolehlah kira begitu kan?
Aku budak yang tak dapat jadi ketua apa-apa kecuali ketua pengawas sekolah agama. Ha ha ha.
Anak cikgu lain bagus kot? Aku tak.
Tapi senarionya, kalau kita lihat situasi dari dulu sampailah sekarang, dalam media massa contohnya. Kalau dalam tajuk ada perkataan ‘cikgu’, mesti benda itu akan jadi cerita yang meletup, cerita yang gempar dan bikin panas satu Malaya. Kalau benda baik tak sangat, tapi kalau benda kurang baik, memanglah semua orang nak buat liputan. Sebab itu aku selalu kata dengan anak murid aku yang aku bertuah tidak mengajar di Jepun ataupun Korea. Itu disebabkan kalau di negara-negara berkenaan, apa-apa kes yang berlaku, habis guru-guru yang pernah mengajar penjenayah atau apa sahaja kes buruk akan ditemu bual. Gila kau!
5. Pemilihan kerjaya
Ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Sesuatu yang berkaitan dengan hidup dan masa hadapan sendiri kan>
Tapi orang selalu kata, anak cikgu mesti akan jadi cikgu juga. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak cikgu pilih kerjaya lain. Jadi doktor, jurutera, jururawat, arkitek, peniaga dan sebagainya. Benang takdir semua orang pastilah tidak sama. Jalinan tidaklah akan sentiasa mengikut apa yang orang tua mereka lakukan kecuali pekerjaan itu sesuatu yang diwarisi. Contohnya ahli keluarga mempunyai syarikat dan dia diamanahkan bekerja dengan syarikat itu, maka itu yang boleh dikatakan sama.
Tapi, aku mengikut jejak langkah Puan Mulia dan Ketua Keluarga Hebat.
Menurut apa yang direncanakan oleh Puan Mulia mengikut acuan dan kepentingan demi masa depan serta kegemaran aku, alhamdulillah. Aku seperti aku yang kalian semua kenal. Mempunyai kerjaya yang sama dengan dua manusia baik yang melahirkan, membesarkan serta mengasuh aku sehingga menjadi siapa aku sekarang. Yang baiknya tentunya datang dari Allah serta ajaran mereka dan yang jahatnya aku akui adalah natijah daripada kenakalan dan kelemahan aku sendiri tidak mendengar kata-kata mereka di saat aku melalui kehidupan aku.
Apa yang aku coretkan kali ini pastinya datang dari pengalaman aku sendiri dan aku percaya setiap orang mungkin melalui pengalaman yang berbeza bergantung bagaimana mereka dibesarkan. Aku menyukai keluarga aku dan sejujurnya aku membenci manusia yang menghakimi aku dan menyelitkan unsur keluarga walaupun sebenarnya orang begitu langsung tidak tahu siapa aku.
Ah, ada sesetengah manusia menjadikan caci maki dan sakit hati dengan manusia lain sebagai makanan ruji. Siapalah kita untuk menidakkan makanan kegemaran mereka yang bersalut tahi kan?
Sengih.
Nota Kaki :
1. Kehidupan berlalu terlampau pantas. Dan aku semakin tenggelam dalam kegemaran aku serta kerjaya.
2. Tersengih dengar orang membebel bahawa aku sudah kurang masa dengan manusia lain apabila menjadikan kerjaya antara matlamat penting dalam hidup.
3. Ketawa apabila mendengar orang menyatakan dia merindui aku padahal orang begitu akan muncul apabila dia mahukan dan buat ucapan sesuka hati. Ah, manusia bila tidak stabil pasti akan buat sesuatu di luar jangkaan bukan?
4. Terima kasih atas segala ucapan “Selamat Hari Guru” daripada kalian semua sama ada di Mukabuku ataupun Twitter. Terima kasih yang teramat sangat.
Zara: Dalam satu drama yang aku tonton, ada dinyatakan cinta dan hati manusia bukanlah seperti soalan Matematik. Apa yang aku mahu tambah adalah, soal cinta dan hati walaupun punya pelbagai cara penyelesaian, tetapi jawapannya tidak akan pernah sama. Cinta itu perlu lebih Kimia aku rasa (dah kata budak Kimia). Ketawa.
Sumber: Blog www.shafaza-zara.my

Demikianlah Artikel Delima ditakdirkan menjadi 'anak cikgu'
Sekianlah artikel Delima ditakdirkan menjadi 'anak cikgu' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Delima ditakdirkan menjadi 'anak cikgu' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/delima-ditakdirkan-menjadi-anak-cikgu.html