Judul : DAP PECAH
link : DAP PECAH
DAP PECAH
DAP alami perpecahan dalam parti
BENTONG - Tindakan empat wakil rakyat DAP, termasuk seorang ahli Parlimen veteran di Melaka keluar parti hari ini jelas menunjukkan perpecahan yang sedang dihadapi oleh parti pembangkang itu.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia bukan sahaja menunjukkan perpecahan parti itu di Melaka tetapi juga melibatkan DAP di seluruh negara.
"Ini menunjukkan perpecahan serius dalam DAP yang mana empat wakil rakyat meninggalkan DAP dan meminta maaf kepada komuniti Cina kerana kesilapan menyokong Pas semasa pilihan raya umum lalu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, hari ini.
Hari ini empat pemimpin DAP Melaka termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengumumkan keluar daripada parti itu.
Tiga lagi mengambil langkah yang sama ialah Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jack Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong.
Tiong Hing dalam sidang akhbar ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada parti dan kecewa dengan kepimpinan DAP
Dalam pada itu Tiong Lai berkata, perpecahan yang berlaku itu menunjukkan kekeliruan politik yang sedang berlaku di dalam DAP.
"Ini juga menujukan sikap sebenar parti itu yang hanya membuat keputusan demi kepentingan mereka tanpa mengambil kira pihak lain.
Demikianlah Artikel DAP PECAH
Sekianlah artikel DAP PECAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP PECAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/dap-pecah.html