Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah

Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah
link : Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah

Baca juga


Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim agar kerajaan membuang kakitangan berjawatan rendah untuk mengurangkan beban kewangan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata cadangan yang diutarakan Shariff tidak masuk akal kerana ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya memberi impak negatif kepada sektor perkhidmatan awam di negara ini.

“Cuepacs sebulat suara menolak cadangan yang diutarakan bekas pesara yang dah terima pencen 25 tahun untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam.

“Cuepacs menuntut perdana menteri, menteri kewangan, ketua perkhidmatan awam tidak melayan cadangan ini kerana ia akan melahirkan kemarahan yang tidak ada akhirnya, malah pekerja akan menerima nasib malang atas cadangan orang tidak bertanggungjawab itu.

“Kami nak kongsi, anggota perkhidmatan awam yang bersara tidak semua digantikan serta-merta dan lambakan kerja yang ditinggalkan terpaksa ditanggung pekerja lain,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri mesyuarat luar biasa Cuepacs di wismanya hari ini.

Isnin lalu, Sheriff menggesa supaya kerajaan membuang kakitangan berjawatan rendah sementara masih mampu membayar pampasan.

Katanya, perkhidmatan awam semasa mempunyai kira-kira 1.6 juta orang penjawat bermakna Malaysia mempunyai nisbah dengan penduduk merupakan yang terbesar di rantau Asia Pasifik.

Malah Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani baru-baru ini berkata ketika ini terdapat kira-kira 1 orang penjawat awam bagi setiap 19.37 orang penduduk, menyebabkan perbelanjaan kerajaan bertambah.

Pada 2016, kerajaan membelanjakan RM74 bilion untuk membayar penjawat awam, meningkat daripada RM22 bilion pada 2003.

Mengulas lanjut, Azih berkata jumlah penjawat awam nampak besar mencecah 1.6 juta kerana 4 cabang perkhidmatan dimasukkan sekali iaitu tentera, polis, pendidikan dan kesihatan.

“Di negara maju anggota awam tidak termasuk tentera, polis, guru dan kesihatan. Kalau dianalisa, sebenarkan hanya 500 ribu sahaja anggota perkhidmatan awam jika tidak termasuk 4 cabang yang saya sebut tadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Azih tidak menolak cadangan diutarakan Sheriff dibuat untuk mencetuskan kemarahan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kenapa ia dibangkitkan ketika PRU dah hampir, adakah ini cara nak naikkan kemarahan penjawat awam kepada kerajaan.

“Lebih 20 tahun pencen, tak payah beri pandangan. Sepatutnya Sheriff kena bagi sokongan supaya kakitangan kerajaan bekerja bersunguh-sungguh, tingkatkan produktiviti, ini minta supaya berhenti kerja. Kakitangan kerajaan sekarang ini nak beli rumah harga RM300,000 pun susah, itu yang dah kerja tapi kalau tak ada kerja macam mana?” soalnya.

Azih dalam pada masa sama mencadangkan supaya pesara kerajaan melebihi 20 tahun dihentikan pemberian pencen dan wang tersebut digunakan untuk meningkatkan produktivifi kakitangan sedang berkhidmat.


jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah

Sekianlah artikel Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buang penjawat awam rendah tak selesai masalah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/buang-penjawat-awam-rendah-tak-selesai.html

Subscribe to receive free email updates: