Judul : Ary Malik meninggal dunia
link : Ary Malik meninggal dunia
Ary Malik meninggal dunia
Sinar Harian
28 Februari 2017
SELEBRITI popular, Ary Malik telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.17 malam tadi di Hospital Ampang, Selangor.
Perkara itu disahkan suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin kepada media sebentar tadi.
Allahyarham yang menghidap kanser ovari sejak setahun lepas telah dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu.
Namun, keadaannya bertambah kritikal sejak dua hari lalu apabila tidak sedarkan diri.
Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zack Kool menerusi kiriman aplikasi Whatsapp berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Kem Wardieburn untuk dimandi dan dikafankan.
Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, sebelum ini begitu menyerlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan disahkan menghidap kanser ovari sejak setahun lalu, selepas melakukan pembedahan yang disangka hanyalah ketumbuhan biasa.
Kakak kepada penyanyi Min Malik yang popular dengan lagu Flora Cinta ini mengorak langkah sebagai pelakon menerusi drama bersiri Kolej yang ditayangkan awal tahun 2000 lalu.
Peserta Masterchef Selebriti musim pertama ini meninggalkan tiga cahaya mata Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Al-fatihah.
Demikianlah Artikel Ary Malik meninggal dunia
Sekianlah artikel Ary Malik meninggal dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ary Malik meninggal dunia dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/ary-malik-meninggal-dunia.html