ADUN DAP KELUAR PARTI

ADUN DAP KELUAR PARTI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN DAP KELUAR PARTI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN DAP KELUAR PARTI
link : ADUN DAP KELUAR PARTI

Baca juga


ADUN DAP KELUAR PARTI


 Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti


Melaka - Adun Kesidang, Chin Choong Seong mendakwa bahawa DAP sejak dua hingga tiga tahun lalu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya.

Choong Seongn, yang keluar dari DAP hari ini berkata apa yang menariknya kepada DAP ialah perjuangan parti itu bagi konsep "Malaysian Malaysia" tetapi apa yang dilihatnya sekarang sama sekali adalah sebaliknya. 

"Apa yang kita lihat sekarang ialah dalam usaha untuk meraih sokongan orang Melayu, DAP menuruti apa yang MCA lakukan sekarang. 

"Saya rasa ini adalah satu pendekatan yang berbahaya dalam usaha untuk menarik sokongan orang Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain Choong Seong, Adun lain yang keluar parti ialah Lim Jak Wong (Bachang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Tong Him berkata, selepas mengkaji dan membuat pertimbangan sewajarnya, beliau telah hilang keyakinan dan sangat kecewa dengan kepimpinan DAP terutama Setiausaha Agung Lim Guan Eng dalam menangani isu-isu dalaman dan luaran parti.

"Saya tidak boleh menerima dan menyokong pendirian dan apa yang dikatakan haluan politik baharu yang diamalkan oleh DAP akhir-akhir ini. DAP telah melencong ke aliran dan haluan politik baharu," kata Tong Him.

Sementara itu, Jak Wong berkata, keputusannya untuk keluar parti tidak dibuat secara tergesa-gesa dan mereka membuat keputusan bersama selepas pertimbangan yang teliti dan wajar.

"Saya percaya keputusan saya akan diadili oleh rakyat dan menimbulkan pelbagai reaksi dan saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka tidak memahami apa yang kita rasa. Kita akan cuba untuk memahami mereka.

Dahulu apabila orang mengkritik DAP, saya akan mempertahankan imej DAP. Tetapi sekarang, saya telah membuat keputusan ini tanpa diselubungi sebarang perasaan kepiluan," katanya.




Demikianlah Artikel ADUN DAP KELUAR PARTI

Sekianlah artikel ADUN DAP KELUAR PARTI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN DAP KELUAR PARTI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/adun-dap-keluar-parti.html

Subscribe to receive free email updates: