10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA

10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA
link : 10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA

Baca juga


10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA

Kepada guru-guru yang bertindak menjadi pengadil, jurulatih, pengurus, pengerusi 1 Murid 1 Sukan, Pengurus pasukan bola sepak sekolah dan sebagainya boleh rujuk 10 peraturan baru FIFA yang telah dikemaskinikan dibawah:


1. Sepak mula adalah bebas

- Peraturan yang terdahulu mengatakan bola harus disepak ke hadapan apabila berlakunya sepak mula dan pemain mesti berada di kawasan half sendiri. Peraturan baru mengatakan ia bebas untuk digerakkan ke mana-mana arah sekalipun sewaktu sepak mula – asalkan ia bergerak.

2. Kad merah boleh dilayangkan sebelum mula perlawanan

- Pengadil boleh melayangkan kad merah kepada pemain walaupun sebelum sepak mula. Jika seorang pemain dikenakan kad merah sebelum bermulanya perlawanan, pasukan tersebut masih bermula dengan 11 orang pemain. Cuma bezanya, pemain yang dikenakan kad merah tersebut bakal digantikan dengan salah seorang pemain simpanan. Jadi, pasukan mereka akan rugi seorang pemain simpanan. (merujuk kejadian Roy Keane dan Patrick Vieira di dalam terowong Highbury sebelum perlawanan)

3. Mangsa kecederaan boleh dapatkan rawatan segera

- Berbeza dengan peraturan sebelum ini dimana pemain yang tercedera akibat kekasaran kad kuning dan merah perlu meninggalkan padang sebelum mendapatkan rawatan, kali ini mereka tak perlu berbuat demikian. Jika seorang pemain tercedera disebabkan kekasaran kad merah atau kad kuning, beliau boleh mendapat rawatan segera tanpa perlu meninggalkan padang. Adalah tidak adil jika pasukan yang melakukan kesalahan bermain dengan 11 orang, manakala pasukan yang dikasari pula perlu bermain dengan 10 orang.

4. Keluar masuk pemain ke dalam padang boleh dilakukan oleh pembantu pengadil

- Jika seorang pemain keluar dari padang, contohnya untuk menukar but, dia perlu menunggu permainan dihentikan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk bermain semula. Mengikut peraturan sedia ada, pengadil perlu memeriksa but tersebut sebelum dia boleh menyambung permainan. Mengikut peraturan baru, pemeriksaan tersebut boleh dilakukan oleh pengadil ke-4 perlawanan ataupun pembantu pengadil. Jika tiada masalah, dia boleh terus masuk ke padang tanpa perlu menunggu permainan dihentikan.

5. Hukuman lebih keras untuk kesalahan menarik pakaian pemain lawan

- Apabila salah seorang pemain tersebut menarik jersi atau menghalang pemain lain daripada masuk padang kembali, pengadil akan menghadiahkan kad kuning atau merah kepada pesalah mengikut peraturan lama. Namun mengikut peraturan baru, pasukan yang dikasari akan diberikan freekick di atas touchline. Jika ia berlaku di dalam kawasan penalti, maka sepakan penalti akan diberikan.

6. Menghalang gol akan dihukum

- Jika pemain simpanan (yang tak bermain) masuk padang dan menghalang gol, pengadil perlu memberikan indirect free-kick kepada pasukan lawan jika mengikut peraturan lama. Kemudian menurut peraturan lama lagi, jika doktor masuk padang ketika permainan sedang berlangsung, pengadil perlu memulakan semula perlawanan dengan drop ball. Ini tidak adil bagi pasukan yang menjadi mangsa. Pasukan yang membuat kesalahan mendapat faedah apabila membuat kesalahan ini. Dalam peraturan baru, jika pemain gantian (yang tak bermain) dan doktor pasukan melakukan kesalahan ini, pasukan mereka akan dihukum dengan direct free-kicks atau sepakan penalti.

7. Penentuan sepakan penalti lebih adil

- Jika sebuah pasukan 10 orang (kurang 1 pemain kerana kad merah) masuk penentuan penalti menentang pasukan 11 orang, salah seorang pemain dari pasukan 10 pemain bakal mengambil sepakan penalti sebanyak 2 kali mengikut peraturan lama. Jadi mengikut peraturan baru, jika pasukan 10 orang masuk ke penentuan sepakan penalti dengan pasukan 11 orang, pasukan 11 juga bakal menghantar hanya 10 wakil terbaik untuk mengambil sepakan penalti tersebut.

8. Peraturan ofsaid lebih konsisten

- Sebelum ini dalam peraturan lama FIFA, ada berlakunya percanggahan. Dalam satu bahagian, FIFA mengatakan apabila seorang pemain ofsaid, free kick akan diberikan di kawasan hantaran ofsaid tersebut dilakukan. Tetapi dalam satu bahagian lain, FIFA mengatakan free kick perlu diberikan di kawasan permain ofsaid menerima bola. Dalam peraturan baru, free kick akan diberikan di kawasan hantaran ofsaid tersebut dilakukan. Bukannya kawasan pemain ofsaid menerima bola.

9. Logo kelab boleh digunakan di bendera sepakan sudut

- Mengikut peraturan lama FIFA, bendera sepakan sudut (corner flag) haruslah formal dan tidak boleh mempunyai sebarang logo kelab seperti yang biasa berlaku di Premier League. Tetapi dalam peraturan baru, FIFA telah memansuhkan peraturan tersebut.

10. Menggunakan common sense

- Jika pengadil mengadili perlawanan dan terdapat beberapa kesalahan kecil dalam undang-undang FIFA, mereka tak perlu terlalu tegas dan skema. Ini bermakna, sebagai contoh, pengadil tak perlulah membatalkan perlawanan peringkat akar umbi hanya kerana satu tiang bendera sepakan sudut telah patah.

10 peraturan FIFA yang baru dikemaskini ini diterajui bekas pengadil Premier League, David Elleray antara watak penting dalam usaha kemaskini buku peraturan FIFA yang baru .

Sumber

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel 10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA

Sekianlah artikel 10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Peraturan Baru Bola Sepak Dikemaskinikan FIFA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/10-peraturan-baru-bola-sepak.html

Subscribe to receive free email updates: