VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD

VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD
link : VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD

Baca juga


VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD


Viral: Sah Pak Belang di LPT2 wujud


Dungun - Jabatan Perhilitan Terengganu mengesahkan kejadian mengenai kehadiran seekor harimau belang di kilometer 354 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II(LPT2), Bukit Besi seperti yang diviralkan di media sosial.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata, kejadian yang diviralkan adalah benar dan tindakan untuk menangkap haiwan liar itu sedang giat dijalankan.

"Kita sudah memasang perangkap dan membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk menangkap haiwan yang dilindungi itu.

"Paling membimbangkan ialah keselamatannya kerana risau binatang ini melintas jalan dan kita tidak mahu kejadian harimau dilanggar oleh kenderaan di LPT2 seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

"Jarak di antara harimau itu ditemui dengan lokasi kejadian kemalangan sebelum ini hanya 30 kilometer sahaja.

"Apabila perkara ini sudah "viral", haiwan ini kini dalam bahaya kerana akan menjadi buruan pemburu haram.

"Selain ingin menangkap untuk dilepaskan semula ke habitat lebih selamat, tujuan pemantauan dibuat adalah bagi mengelak pak belang ini ditangkap pemburu haram,"katanya kepada Sinar Harian.

Beliau tidak menafikan pelbagai lagi hidupan liar mungkin berada di kawasan itu tetapi orang ramai diminta tidak menyebarkannya di laman sosial dan menjadi viral keran ia hanya mendatangkan kesan buruk kepada spesis itu sendiri.

"Kita nasihatkan kepada orang ramai yang ternampak atau terserempak dengan binatang buas di LPT2 supaya tidak menyebarkannya kepada umum sehingga menjadi viral.

"Apa yang mereka perlu buat ialah menghubungi pihak perhilitan dengan segera supaya tindakan untuk melindungi haiwan itu dapat diambil," katanya.




Demikianlah Artikel VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD

Sekianlah artikel VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel VIRAL: SAH PAK BELANG DI LPT2 WUJUD dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/viral-sah-pak-belang-di-lpt2-wujud.html

Subscribe to receive free email updates: