Judul : [Video Rugi FELDA Semakin Parah Teruk Berbillion] Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’ & Peneroka Pahang protes depan Menara Felda.
link : [Video Rugi FELDA Semakin Parah Teruk Berbillion] Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’ & Peneroka Pahang protes depan Menara Felda.
[Video Rugi FELDA Semakin Parah Teruk Berbillion] Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’ & Peneroka Pahang protes depan Menara Felda.
Sabtu, 7 Januari 2017Peneroka dari Jengka, Bera dan Keratong itu menyerahkan memorandum bantahan mendesak Felda membatalkan pembelian saham EHP yang didakwa merugikan peneroka.
FMT.
Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’
Peneroka berkata kebajikan masyarakat di Felda semakin dipinggirkan dan hasil jualan Felda juga merudum.
KUALA LUMPUR: Pengurusan Felda sepatutnya memberi tumpuan kepada pembinaan rumah untuk generasi kedua peneroka sebelum sibuk hendak membeli saham yang merugikan, kata peneroka.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Jengka Pahang Razali Isnin berkata kebajikan warga Felda juga semakin dipinggirkan dan tambah menyakitkan apabila hasil jualan bertambah merudum.
“Jika dulu hasil jual buah boleh dibayar seminggu sekali, tetapi sekarang bayaran dibuat sebulan sekali.
“Kita nampak tindakan pembelian saham terbaru PT Eagle High Plantation (EHP) Indonesia hanya memberi mudarat kepada kita.
“Sepatutnya Felda lebih menumpukan kepada penyiapan rumah generasi kedua yang masa ini sudah terbengkalai,” katanya.
Razali ialah antara 50 peneroka dari Pahang yang mengadakan protes di Menara Felda semalam sebagai bantahan terhadap tindakan Felda membeli saham RM2.26 bilion daripada EHP.
Peneroka Felda Jengka, Mustafa Sarip, 63, berkata banyakan tindakan Felda yang tidak memuaskan hati dan antaranya ialah kerugian Felda Global Ventures (FGV) dan terbaru ialah pembelian saham EHP.
“Kami masuk saham FGV tetapi penyudah saham 50 sen pun tidak menguntungkan. Malah duit poket kena bayar lagi.
“Felda berani beli saham dengan guna duit orang. Pentadbiran Felda ibarat pergi sekolah dia pergi universiti dapat sijil terus balik,” katanya yang sudah 40 tahun menjadi peneroka.
Rafidin Kasmawi, 64, yang sudah 31 tahun menjadi peneroka di Keratong berkata beliau kesal dengan tindakan pengurusan tertinggi Felda yang membeli saham EHP kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Felda.
Katanya, sudahlah pelaburan EHP merugikan, saham FGV oleh peneroka Felda juga tidak membawa keuntungan.
“Jika dulu jualan harga pasaran FGV RM4.45 tetapi sekarang tinggal RM1.50 saja. Di peringkat awal dalu Felda memang sangat baik, khas kepada orang Melayu.
“Sekarang jauh berbeza, dan bagi generasi muda yang tidak berkelulusan tinggi sangat susah cari makan, apatah lagi bagi yang sudah berkahwin. Banyak sangat masalah di Felda ini timbul kerana kepimpinan,” katanya.
Dalam protes semalam, Ketua Penerangan PK Lee Chean Chung yang mewakili peneroka terbabit berkata Felda perlu membatalkan pembelian saham itu berikutan EHP juga mengalami kerugian RM100 juta dan pembelian saham itu hanya membebankan peneroka untuk menanggung hutang.
FMT.
Demikianlah Artikel [Video Rugi FELDA Semakin Parah Teruk Berbillion] Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’ & Peneroka Pahang protes depan Menara Felda.
Sekianlah artikel [Video Rugi FELDA Semakin Parah Teruk Berbillion] Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’ & Peneroka Pahang protes depan Menara Felda. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Rugi FELDA Semakin Parah Teruk Berbillion] Peneroka dakwa Felda ‘cekik darah’ & Peneroka Pahang protes depan Menara Felda. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/video-rugi-felda-semakin-parah-teruk.html