Beliau berkata, langkah itu dijangka mampu menjimatkan kos kira-kira RM6 juta setahun dan boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.

“Kita tutup pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara kerana setiap negeri mempunyai Exco Pelancongan serta unit pembangunan ekonomi dan pelancongan masing-masing. Setiap negeri di­lihat bersungguh-sungguh me­ningkatkan pelancongan negeri masing-masing.

“Kita rasakan kehadiran kita akan bertindih dengan peranan agensi negeri, jadi lebih baik setiap negeri anjurkan promosi pelancongan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina 2017 dan ulang tahun pertama pusat beli-belah Freeport A'Famosa Outlet (FAO).

Mohamed Nazri Abdul Aziz diiringi Alex Lau (kanan) dan Mas Ermieyati Samsudin meninjau Freeport AFamosa Outlet (FAO) di Alor Gajah, Melaka, semalam. UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN 

Yang turut hadir, timbalan beliau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengarah Urusan Kumpulan A'Famosa, Datuk Alex Lau.

Mohamed Nazri baru-baru ini memaklumkan Tourism Malaysia akan turut menutup beberapa pejabatnya di luar negara tahun ini berikutan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) yang menyaksikan banyak penerbangan ke destinasi antarabangsa dihentikan, sekali gus menjadi suatu kekangan untuk mempromosi pelancongan negara.