Judul : [Video] 'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar' & Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China.
link : [Video] 'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar' & Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China.
[Video] 'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar' & Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China.
Khamis, 12 Januari 2017Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China, soal aktivis
Seorang aktivis menasihatkan Putrajaya menjadikan masalah dihadapi Sri Lanka sebagai pengajaran.
PETALING JAYA: Seorang aktivis sosio-ekonomi terkemuka memberi amaran kepada Putrajaya mengenai risiko Malaysia menghadapi masalah sama dengan Sri Lanka kerana berhutang terlalu banyak kepada China.
Timbalan Pengerusi Bantah-TPPA, Azlan Awang berkata, Malaysia perlu membayar harga tinggi jika projek mega berkaitan China gagal.
Pengasas bersama Blindspot yang merupakan kumpulan kepentingan sosio-ekonomi itu memberitahu FMT ada persamaan antara hutang Sri Lanka dan Malaysia kepada China.
Beliau merujuk rusuhan berhampiran bandar pelabuhan Hambantota di selatan Sri Lanka, baru-baru ini. Perusuh membantah satu perjanjian yang mereka dakwa akan menyebabkan pelabuhan terbabit menjadi tanah jajahan China.
Menerusi perjanjian itu, pelabuhan terbabit akan dipajak selama 99 tahun kepada sebuah syarikat, di mana China akan mempunyai 80% pemilikan. Ia juga akan menyebabkan penubuhan zon perindustrian di mana syarikat China akan dipelawa menubuhkan pangkalan mereka di sana.
Azlan berkata, perjanjian itu adalah akibat kegagalan Sri Lanka membayar balik kos projek lapangan terbang Mattala yang dibiayai China. Ia adalah gambaran cara Beijing menangani mereka yang gagal membayar hutangnya.
“Beijing mungkin tidak menghantar Tentera Merahnya, tetapi pemilikan pelabuhan laut dalam Hambantota dan 15,000 ekar tanah untuk zon perindustrian baru diserahkan kepada China kerana ia adalah tanah jajahan untuk 99 tahun akan datang.
“Bagi Malaysia, apa penaltinya jika kita gagal membayar hutang besar kita?”
Azlan mendakwa pelaburan serta pinjaman “sembarangan dan melulu” Putrajaya akan menyebabkan “timbunan besar” hutang, tanpa kesan pengganda atau keuntungan ekonomi jangka panjang.
“Walaupun China tidak boleh dianggap bersifat imperialisme, ia tentunya tidak meminjam wang disebabkan adab. China sebenarnya tahu cara untuk mengenakan penalti.”
Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyuarakan kebimbangan sama. Baru-baru ini, bekas perdana menteri itu berkata, tanah yang dijual kepada syarikat China akhirnya akan menjadi “negeri asing”.
Oktober lalu, China dilaporkan akan membina dan membiayai projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620km di Malaysia yang dianggarkan menelan belanja RM55 bilion. Pembinaan itu akan bermula tahun depan dan dijangka siap pada 2022.
Syarikat China turut terbabit dalam projek pembinaan lain seperti Melaka Gateway.
FMT.
Demikianlah Artikel [Video] 'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar' & Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China.
Sekianlah artikel [Video] 'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar' & Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video] 'Lagi lambat tukar kerajaan, makin teruk perit kerana hutang makin besar' & Apa jadi jika berhutang terlalu banyak dengan China. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/video-lagi-lambat-tukar-kerajaan-makin.html