Judul : Tun M - Hj Hadi perlu jumpa 4 Mata jika Serius Mahu Kerjasama Direalisasikan
link : Tun M - Hj Hadi perlu jumpa 4 Mata jika Serius Mahu Kerjasama Direalisasikan
Tun M - Hj Hadi perlu jumpa 4 Mata jika Serius Mahu Kerjasama Direalisasikan
KOTA BHARU - Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berpendapat Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, seharusnya berjumpa sendiri dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 2 Februari ini, jika benar parti itu serius mahu jalinkan kerjasama politik dengan Pas.
Belaiu berkata, apabila Bersatu hanya diwakili oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, persepsi yang timbul ialah Bersatu tidak benar-benar serius untuk kerjasama tersebut.
Kamarul Zaman diminta mengulas kenyataan Mahathir selepas berlangsungnya mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Putrajaya semalam bahawa kerjasama Bersatu dan Pas akan dimuktamadkan dalam satu rundingan antara pemimpin kedua-dua parti politik tersebut pada 2 Februari depan.
Menurutnya, perlembagaan Bersatu memperuntukkan dengan jelas kuasa luas Mahathir selaku Pengerusi di mana badan eksekutif tertinggi Bersatu ialah MPT dan pemimpin yang berkuasa memanggil dan mempengerusikan mesyuaratnya ialah Pengerusi Bersatu.
Ulas Kamarul Zaman lagi, di bawah MPT tersebut barulah wujudnya Majlis Presiden (MP) selaku badan eksekutif yang diberi peranan membantu MPT melaksanakan semua tanggungjawabnya dan melaporkan kepada MPT mengenai hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti, di mana MP itu diketuai oleh Presiden Bersatu.
“Berdasarkan kepada kandungan Perlembagaan Bersatu maka jelas bahawa kuasa sebenar (de facto power) dalam parti itu dipunyai oleh Mahathir selaku Pengerusi Parti bukannya oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden Parti.
“Walaupun yang terlibat dalam rundingan kerjasama politik Bersatu dan Pas ialah Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu, yang berkuasa membuat keputusan mengenainya ialah MPT yang diketuai oleh Mahathir,” katanya.
Kamarul yang juga Felo Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) turut berkata, kuasa luas Mahathir disebut jelas dalam perlembagaannya, di mana beliau diberi tanggungjawab penuh untuk menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti selain kuasa mempersetujui lantikan pemimpin yang dibuat oleh Presiden Bersatu.
“Pemimpin Bersatu yang terlibat dalam rundingan dengan Pas sebelum ini tidak berkuasa buat keputusan mengenainya dan jika Mahathir mahu rundingan diselesaikan dengan cepat beliau sendiri sepatutnya turun berjumpa pemimpin Pas seperti beliau berjumpa pemimpin DAP,” katanya. - SH
Demikianlah Artikel Tun M - Hj Hadi perlu jumpa 4 Mata jika Serius Mahu Kerjasama Direalisasikan
Sekianlah artikel Tun M - Hj Hadi perlu jumpa 4 Mata jika Serius Mahu Kerjasama Direalisasikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M - Hj Hadi perlu jumpa 4 Mata jika Serius Mahu Kerjasama Direalisasikan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/tun-m-hj-hadi-perlu-jumpa-4-mata-jika.html