Judul : Tidak wajar sekolah agama dilabel negatif
link : Tidak wajar sekolah agama dilabel negatif
Tidak wajar sekolah agama dilabel negatif
Justeru tegas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak melabelkan sekolah agama dengan perkara-perkara negatif sekali gus hanya mengundang rasa tidak senang dalam kalangan umat Melayu dan Islam.
“Sejarah sekolah agama ini cukup panjang di mana sebelum merdeka, umat Melayu dan Islam 'membina' pendidikan asas di kampung-kampung menerusi cara tidak formal yang lebih dikenali sebagai sekolah pondok.
“Sekolah-sekolah pondok ini kemudiannya berevolusi sehingga ramai dalam kalangan pelajar mereka pergi ke negara-negara asing bagi menuntut ilmu sebelum pulang menjadi ulama besar untuk mendidik anak bangsa. Disebabkan itu, isu ini adalah perkara yang amat sensitif buat orang Melayu dan tidak seharusnya 'dikacau' dengan kenyataan-kenyataan tidak sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Bakti Siswa Pusat Pengajian Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Keda Pasir Putih, Tualak, dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau kelmarin menggesa kerajaan mengkaji semula dasar sekolah agama dan mengatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini.
Demikianlah Artikel Tidak wajar sekolah agama dilabel negatif
Sekianlah artikel Tidak wajar sekolah agama dilabel negatif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak wajar sekolah agama dilabel negatif dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/tidak-wajar-sekolah-agama-dilabel.html