Judul : TETAP SAMAN WALAU RAKAM GAMBAR UNTUK JPJ
link : TETAP SAMAN WALAU RAKAM GAMBAR UNTUK JPJ
TETAP SAMAN WALAU RAKAM GAMBAR UNTUK JPJ
Alor Setar - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata, pemandu kenderaan tidak boleh merakam gambar atau video mengenai kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya yang lain walaupun ia bertujuan untuk disalurkan kepada JPJ.
Beliau berkata, pemandu berkenaan boleh diambil tindakan jika berbuat demikian kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan kesalahan di bawah Kaedah 17 A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda sebanyak RM300.
"Memang kita galakkan orang ramai membantu salurkan maklumat melalui pelbagai aplikasi, tapi sepatutnya gambar atau video mestilah diambil oleh orang lain dalam kenderaan dan bukannya pemandu itu sendiri," katanya kepada pemberita.
Beliau melancarkan Ops Tahun Baharu Cina 2017 peringkat negeri Kedah di sini malam tadi.
Sebanyak 560 kenderaan diperiksa dalam operasi di sekitar Jalan Pegawai di sini dan 75 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.
Demikianlah Artikel TETAP SAMAN WALAU RAKAM GAMBAR UNTUK JPJ
Sekianlah artikel TETAP SAMAN WALAU RAKAM GAMBAR UNTUK JPJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TETAP SAMAN WALAU RAKAM GAMBAR UNTUK JPJ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/tetap-saman-walau-rakam-gambar-untuk-jpj.html