Judul : TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG
link : TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG
TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG
Penyokong sambut Anwar Ibrahim di Pulau Pinang
GEORGETOWN - Kira-kira 300 penyokong dari PKR menyambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini tadi.
Anwar yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.
Anwar yang di kawal ketat polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi sambil diiringi laungan 'reformasi' oleh penyokongnya.
Turut hadir, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan barisan pemimpin kerajaan negeri lain.
Wan Azizah tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi dengan diiringi seorang lagi anaknya, Nurul Nuha bersama dua cucunya.
Keadaan di luar mahkamah terkawal dengan kawalan lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Demikianlah Artikel TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG
Sekianlah artikel TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAK RAMAI SAMBUT ANUAR DI P.PINANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/tak-ramai-sambut-anuar-di-ppinang.html