Judul : TAHUN BARU BANYAK PETAKA, BERHATI-HATI
link : TAHUN BARU BANYAK PETAKA, BERHATI-HATI
TAHUN BARU BANYAK PETAKA, BERHATI-HATI
23 maut feri terbakar di Indonesia
JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan 12 yang lain masih hilang selepas sebuah feri terbakar di luar pantai Indonesia.
Kapal itu terbakar ketika membawa lebih 230 orang dari pelabuhan Jakarta di Muara Angke ke Tidung sebuah pulau peranginan di rantaian Kepulauan Seribu.
Kebanyakan penumpang adalah warga Indonesia yang meraikan cuti tahun baru, menurut media tempatan.
Pegawai dari Agensi Mitigasi Bencana, Seply Madreta berkata, kebakaran merebak sehingga ke bahagian tengah kapal.
"22 mangsa cedera dikejarkan ke hospital dan 23 mayat ditemui," katanya dipetik AP.
Memetik kenyataan Mitigasi Bencana Negera, satu carian melibatkan 10 kapal sedang dijalankan bagi mencari mangsa yang hilang.
Saksi memberitahu MetroTV, kebakaran berlaku kira-kira 15 minit selepas kapal itu meninggalkan Muara Angke.
Punca kebakaran tidak diketahui. Beberapa penumpang memberitahu media tempatan, mereka mula melihat asap dari enjin feri itu.
Kemalangan feri adalah biasa di Indonesia iaitu negara kepulauan terbesar di dunia dengan lebih daripada 17,000 pulau.
Demikianlah Artikel TAHUN BARU BANYAK PETAKA, BERHATI-HATI
Sekianlah artikel TAHUN BARU BANYAK PETAKA, BERHATI-HATI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAHUN BARU BANYAK PETAKA, BERHATI-HATI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/tahun-baru-banyak-petaka-berhati-hati.html