Judul : Sudah-Sudahlah Datuk Bahri Mohd Zin, Kalau Betul Sangat Dedahkan Saja
link : Sudah-Sudahlah Datuk Bahri Mohd Zin, Kalau Betul Sangat Dedahkan Saja
Sudah-Sudahlah Datuk Bahri Mohd Zin, Kalau Betul Sangat Dedahkan Saja
Berbelit-belit kisah mengenai persaraan Ketua Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin sejak semalam. Dimulai dengan kisah beliau yang membuat keputusan bersara awal kerana kecewa tiada pendakwaan satu kes di mahkamah.
Dalam kenyataan pertamanya kepada portal Free Malaysia Today (FMT) dan portal Sinar Harian, Bahri mendakwa persaraaan awalnya adalah kerana ‘kecewa’ kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah. Baca di sini.
Sinar Harian dan Malaysiakini juga memetik cerita yang sama di sini dan di sini. Kira-kira tujuh jam kemudian, berita berkenaaan dinafikan oleh agensi SPRM seperti Kenyataan Media di bawah:
Kira-kira 9.45 malam pula, Datuk Bahri Mohd Zin mengeluarkan Kenyataan Media ini pula. Baca di sini.
"Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat ‘judgement syok’ sendiri. Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri. Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil. Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah. Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana."
Sebagai salah seorang Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, CTS juga turut mendesak Datuk Bahri Mohd Zin mendedahkan apa sahaja yang beliau tahu. Jangan hanya pandai mengugut sahaja. Anda berkata anda kenal semua pemberi dan pengamal rasuah. Maknanya anda kenal ramai tapi melakukan siasatan terpilih sahaja? Atau anda mendiamkan diri dalam banyak kes sebab kamu ada laba?
Sejak anda memohon bersara 6 bulan lalu ramai pegawai kanan kerajaan telah didakwa. Maknanya sebelum ini kamu buat apa? Kerja politik orang tertentu? Jangan bersembunyi di sebalik akaun media sosial Facebook isteri anda untuk meluahkan rasa hati anda.
Kita tidak lupa betapa garangnya Pegawai Kanan TUDM, Mejar Zaidi Ahmad dihukum buang kerja selepas dia didapati bersalah atas dua tuduhan berkaitan isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat mengenai pertukaran kerjanya, pada tahun 2013. Di mana beliau sekarang? Di mana garangnya sekarang?
Kita juga tidak lupa kepada bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri kononnya akan tampil mendedahkan empat perkara rahsia kepada umum. Mana hilangnya rahsia itu dan ke mana hilangnya garangnya itu?
Sekarang Datuk Bahri Mohd Zin pula hendak menunjukkan jantannya. Silakan.
Demikianlah Artikel Sudah-Sudahlah Datuk Bahri Mohd Zin, Kalau Betul Sangat Dedahkan Saja
Sekianlah artikel Sudah-Sudahlah Datuk Bahri Mohd Zin, Kalau Betul Sangat Dedahkan Saja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sudah-Sudahlah Datuk Bahri Mohd Zin, Kalau Betul Sangat Dedahkan Saja dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/sudah-sudahlah-datuk-bahri-mohd-zin.html