SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah?

SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah?
link : SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah?

Baca juga


SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah?

Sabtu, 14 Januari 2017



Kapal selam tempur China ‘berehat’ di Sabah cetus tanda tanya

Gambar kapal selam CNS Chang Xing Dao dan CNS Chang Cheng milik Tentera Pembebasan Rakyat China itu turut dimuat naik dalam akaun Twitter Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menyifatkan ketibaan mereka pada 3 Januari itu sebagai “lawatan diplomasi”.
Image result for Gambar skandal Jabatan air sabah
Foto Otai BERSIH.
SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah

Cuma ada unsur2 "DERMA" atau tabungan sahaja...
tu pasal duit duduk dalam kabinet!!!!

dah2 korang jngn kecoh2 ... tu bkan rasuah tapi derma dan tabungan je...
faham tak !!!!

Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Malaysia?

 | January 13, 2017
Seorang penganalisis pertahanan berkata banyak negara masih belum selesa dengan kuasa China, tidak seperti kuasa barat yang hegemoninya sudah biasa dilihat.
lam-choong-wa_china_kapal-selam_600


PETALING JAYA: Atur gerak kapal selam adalah perkara biasa dan pernah dilakukan beberapa kuasa barat, kata pakar pertahanan, mengulas 2 kapal selam tempur dari China yang “berehat” di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Lam Choong Wah, penyelidik kanan Institut Kajian Kemajuan Sosial (Refsa) berkata, perkara sama pernah dilakukan kuasa barat lain, contohnya Britain dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Lam berkata kapal selam China di Lautan Hindi lebih mudah mencetuskan kebimbangan, tidak seperti kapal selam kuasa barat.
Menurutnya, ini kerana negara serantau seperti India, yang bimbang dengan kebangkitan China, sudah lama menerima hakikat hegemoni dan monopoli kuasa barat di rantau tersebut.
“Tetapi mereka belum menyesuaikan diri untuk menerima pemain baru iaitu China.”
Minggu lalu, beberapa media antarabangsa melaporkan ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota Kinabalu, mengaitkannya dengan peluasan kuasa China di rantau ini.
Ia berlaku di sebalik ketegangan di Laut China Selatan melibatkan tuntutan ke atas kepulauan Spratly.
Menurut Tentera Laut Diraja Malaysia, lawatan kapal selam CNS Chang Xing Dao dan CNS Chang Cheng itu merupakan “lawatan diplomasi” tentera China, yang berehat di Sabah selepas melakukan pemantauan lanun di perairan Somalia.
Bagaimanapun, New Delhi Television (NDTV) memetik pihak tentera India yang mempersoalkan alasan kapal selam itu berlabuh bagi “berehat dan mendapat bekalan”.
Menurutnya, aset ketenteraan yang canggih seperti kapal selam bukan sesuatu yang sesuai digunakan bagi melawan lanun Somalia, yang biasanya hanya melibatkan “pertempuran kecil”.
Intip mengintip perkara biasa
Lam berkata sebuah kapal selam digunakan bagi mengumpul maklumat hidrografi (pemetaan laut), dan bukan mengintip kapal selam milik India.
“Dalam peperangan bawah muka air, maklumat hidrografi adalah kunci utama,” katanya.
Lam bagaimanapun tidak menafikan ada kemungkinan kapal selam China mengintip kapal selam India dan negara lain, tetapi ia sesuatu yang dilakukan semua kuasa tentera.
“Ini ditunjukkan oleh pesawat P-8A Amerika Syarikat mengintip operasi kapal selam disyaki milik China di Lautan Hindi pada Januari 2017,” katanya.
Lam bagaimanapun tidak menganggap ketibaan kapal selam China di perairan Malaysia sebagai petanda perubahan kuasa di Asia Tenggara.
“Ketibaan kapal selam di Kota Kinabalu mencerminkan hubungan antara Malaysia dan China bertambah baik kerana kapal selam dikira aset strategik dan kebanyakan masa hanya bersinggah di negara mesra,” tambahnya.
FMT.


Demikianlah Artikel SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah?

Sekianlah artikel SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah? & Apa istimewanya kapal selam China ‘berehat’ di Sabah? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/sprm-sahkan-skandal-jabatan-air-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :