Judul : SPRM sahkan bukan kes Idris Haron
link : SPRM sahkan bukan kes Idris Haron
SPRM sahkan bukan kes Idris Haron
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah mengambil keterangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009, semalam.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi, Datuk Azam Baki berkata, Idris merupakan saksi bagi kes melibatkan pegawai beliau yang pernah ditahan SPRM November lalu.
"Pegawai SPRM telah pergi ke pejabat beliau di Melaka kira-kira jam 2 petang semalam.
"Maklumat berhubung kes tersebut tidak boleh didedahkan bagi memelihara integriti dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Pagi tadi, Idris menjelaskan, bukan beliau yang disiasat SPRM petang semalam, seperti mana yang tersiar di muka depan sebuah akhbar tempatan, hari ini.
Sebaliknya, jelas beliau kehadiran beberapa pegawai SPRM ke pejabatnya itu, adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan atau maklumat bagi melengkapkan siasatan berhubung beberapa pegawai kerajaan negeri yang ditahan pihak berkenaan dalam tempoh lebih sebulan lalu.
Demikianlah Artikel SPRM sahkan bukan kes Idris Haron
Sekianlah artikel SPRM sahkan bukan kes Idris Haron kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM sahkan bukan kes Idris Haron dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/sprm-sahkan-bukan-kes-idris-haron.html