RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH

RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH
link : RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH

Baca juga


RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH


Ramai orang muda kerja sektor awam terlibat rasuah


Semakin ramai golongan muda di bawah usia 40-an didapati terbabit dalam gejala rasuah, terutama bagi tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Samat Kasah berkata, perkembangan itu amat membimbangkan kerana golongan muda ini adalah harapan untuk mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti.

"Perangkaan yang diperoleh SPRM menunjukkan antara 2013 hingga Oktober 2016, daripada 1,092 orang yang ditahan bersabit kesalahan rasuah, seramai 1,045 orang terdiri daripada orang muda berpangkat eksekutif, pegawai kanan dan lepasan universiti.

"Kebanyakan mereka ini bertugas dalam sektor awam yang begitu mudah terpengaruh dengan suapan diberikan," kata Abdul Samat ketika ditemu bual oleh China Press.

Menurut beliau, data yang diperoleh SPRM turut membuktikan gejala rasuah berlaku secara meluas dalam kalangan orang muda dan pada masa sama, golongan muda adalah ejen perubahan yang mampu mengubah cara kehidupan.

"Sekiranya kita ingin mengembangkan akhlak yang jujur, bersih ataupun mendatangkan perubahan dalam masyarakat, orang muda adalah pilihan terbaik kerana mereka mudah menyesuaikan diri dan menerima nilai-nilai cara hidup baru.

"Dan sekiranya kita menyerap nilai-nilai bersih ke dalam kehidupan golongan muda, mereka bukan sahaja akan menolak rasuah, malah masalah-masalah sosial yang lain turut boleh diselesaikan," jelas beliau.

Kata Abdul Samat, sistem pendidikan negara sebelum ini telah merangka nilai moral yang baik dalam pengajian, bagaimanapun ia tidak merangkumi anti rasuah sehinggalah pada tahun lalu, baru dimasukkan ke dalam mata pelajaran pendidikan moral dan pengajian agama.

"Dengan memasukkan isi kandungan mengenai anti rasuah dalam buku teks, ia membolehkan murid sekolah memahami peranan dan fungsi SPRM serta menjelaskan secara ringkas jenis-jenis kesalahan rasuah yang dilakukan," katanya.




Demikianlah Artikel RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH

Sekianlah artikel RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAMAI ORANG MUDA KERJA SEKTOR AWAM TERLIBAT RASUAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/ramai-orang-muda-kerja-sektor-awam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :