Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa?

Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa?
link : Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa?

Baca juga


Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa?

Selasa, 31 Januari 2017

Rahsia gerak kening TMJ


Hanya beberapa jam selepas Tan Sri Annuar Musa digantung jawatannya dalam Majlis Amanah Rakyat, Tengku Mahkota Johor memuat naik klip video pendeknya yang mencetuskan tanda tanya.
Hanya sepanjang empat saat, video tanpa dialog itu jelas mengundang pelbagai rasa.
Pada klip itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya senyum sinis dan mengangkat keningnya.
Sebelum ini memang diketahui ramai Tunku Ismail dan Annuar saling berbalas kenyataan - walaupun secara tidak langsung atau memetik sebarang nama.
Ketika skuad JDT tumpas di tangan Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih, Annuar memuat naik status sinis di media sosial dengan menggunakan emoticon ketawa seolah-olah menyindir kelab milik Tunku Ismail itu.
Sejak berita penggantungan Annuar dilaporkan media hari ini, memang dijangkakan Tunku Ismail akan memberi reaksi sama ada secara langsung atau tidak.
Malah tindakan MARA ke atas Annuar itu dilihat berpunca daripada pendedahan Tunku Ismail berkaitan penajaan syarikat Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk skuad bola sepak Kelantan. Tunku Ismail memuat naik kenyataan itu pada 12 Januari lalu.
Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.
Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).
Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.
Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza.
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.
“Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada surat tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucar, ada resit dan lain-lain.
“Saya percaya bukan dengan UniKL sahaja tapi semua penaja lain. Semuanya di buat secara tertib dan berperaturan,” katanya.
Skuad JDT kini berada di Thailand untuk bertarung pada pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan kelab Bangkok United.
Anak buah Benjamin Mora itu muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke saingan itu untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Malaysiakini.

SPRM siasat Annuar Musa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.
Dalam kenyataan medianya, SPRM berkata, agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menjalankan siasatan melibatkan beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa didakwa dikaitkan dengan ketua penerangan Umno itu.
"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.
"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," kata kenyataan tersebut.
Pagi tadi Ahli Majlis MARA mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara dan memutuskan untuk menggantung jawatan Annuar.
Pada 12 Januari lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja skuad bola sepak Kelantan.
Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.
Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).
Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.
Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.
Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berpendapatan ketetapan dibuat MARA itu hanya cadangan.
Katanya, kuasa melantik atau menggantung jawatan pengerusi MARA terletak pada bidang kuasa menteri selepas ia mendapat persetujuan perdana menteri.
Memberi respon kepada isu penggantungan beliau, Annuar berkata beliau tidak dimaklumkan pihak terbabit bermesyuarat hari ini walaupun ada mesyuarat dijadualkan berlangsung pada 14 Februari nanti.
Namun, Annuar yang kini anggota parlimen Ketereh berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan berlapang dada dan bertanggungjawab.
SPRM menegaskan supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberi ruang bagi menjalankan siasatan.
Malaysiakini.


Demikianlah Artikel Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa?

Sekianlah artikel Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahsia gerak kening TMJ...SPRM siasat Annuar Musa? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/rahsia-gerak-kening-tmjsprm-siasat.html

Subscribe to receive free email updates: