Judul : POLEMIK HANYA DATANG DARI SYAITAN
link : POLEMIK HANYA DATANG DARI SYAITAN
POLEMIK HANYA DATANG DARI SYAITAN
SIAPA SAHAJA YANG MEMBAWA ISU RUU355
ITU BUKAN SUATU YANG BOLEH
JADI MASALAH,
KECUALI
GANGGUAN DATANG DARI BARUA
SYAITAN YANG DI KENALI
-Pak Karamu-
RUU355 jadi polemik sebab bukan kerajaan bawa
Dr Shamrahayu Ab Aziz
KUALA LUMPUR - Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dilihat sering menjadi polemik dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ada sebab tertentu.
Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, ada beberapa faktor yang membawa isu ini menjadi polemik iaitu kerana usul ini dibawa Ahli Dewan Rakyat yang bukan daripada kerajaan.
“Selain itu, ia berikutan kaitan dengan hudud di Kelantan.
“Hal ini terlalu banyak perisa politik yang disembur kepada RUU ini, maka ia telah menimbulkan pelbagai persoalan yang membentuk polemik,” katanya dalam Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, hari ini.
Tambahnya, paling utama ialah kerana pihak yang memperkenalkan usul itu tidak memberikan penerangan yang jelas tentang apa yang dimahukan walaupun soal polemik tentang RUU ini bukanlah suatu yang baharu.
Beliau berkata, sebelum ini jelas juga polemik berkaitan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara, cadangan pindaan kepada Akta Pentadbiran Agama Islam dan juga Akta Keluarga Islam.
Katanya, polemik tentang Rang Undang-Undang banyak kali berlaku dan ini menunjukkan kesedaran masyarakat berkaitan apa yang berlaku dalam negara.
“Bagaimanapun, polemik ini sebenarnya mematangkan masyarakat, demokrasi, ahli parlimen dan badan perundangan serta agensi berkaitan perundangan,” katanya.
Demikianlah Artikel POLEMIK HANYA DATANG DARI SYAITAN
Sekianlah artikel POLEMIK HANYA DATANG DARI SYAITAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel POLEMIK HANYA DATANG DARI SYAITAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/polemik-hanya-datang-dari-syaitan.html