PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian

PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian
link : PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian

Baca juga


PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan membantah idea membuka sekolah kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian, dan berkata perbezaan budaya akan menimbulkan banyak masalah.

Bagaimanapun, ia mengalu-alukan pendaftaran kanak-kanak tanpa kerakyatan di sekolah kebangsaan. Definisi kanak-kanak tanpa kerakyatan ialah salah seorang ibu bapanya rakyat Malaysia tetapi anak itu tidak memiliki dokumen kewarganegaraan.

Pengerusinya, Prof. Madya Mohamad Ali Hassan mencadangkan supaya kerajaan menghantar guru mengajar kanak-kanak berkenaan di kem pelarian.

“Mereka datang daripada pelbagai budaya berbeza. Lebih baik jika kerajaan ambil guru terlatih untuk mengajar di penempatan pelarian,” katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mempunyai sukatan baca-tulis-dan-mengira dan mencadangkan guru menggunakannya untuk kanak-kanak pelarian.

Katanya, pendidikan ialah salah satu cara mengelak kanak-kanak pelarian terjebak dengan jenayah geng.

Bagaimanapun, katanya kos menghantar guru ke kem pelarian agak tinggi.

“Kerajaan perlu cari cara yang praktikal untuk mendidik setiap kanak-kanak tanpa membabitkan kos tinggi,” katanya.

Terdapat 300,000 kanak-kanak pelarian di Malaysia dengan kebanyakannya dari Indonesia, Myanmar dan Filipina.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan kerajaan negerinya akan membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan mendaftar di sekolah awam di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya ibu bapa atau penjaga perlu berusaha mendapatkan dokumen untuk kanak-kanak itu dari Jabatan Pendaftaran Negara bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan dalam negara.

Kenyataan Ahmad itu dibuat susulan laporan mengenai nasib Tan Yao Chun, 7 tahun, yang tidak dibenarkan mendaftar di sekolah di Changlun kerana tidak mempunyai sijil kelahiran.

Tan lahir di Thailand tetapi bapanya rakyat Malaysia dan ibunya dari Myanmar.

Kementerian Pendidikan berkata kanak-kanak seperti itu dibenarkan mendaftar di sekolah kebangsaan.

Sumber: FMT

jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian

Sekianlah artikel PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PIBGK bantah idea buka Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak pelarian dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/pibgk-bantah-idea-buka-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates: