Judul : PERHIMPUNAN AMAN MAKMUR
link : PERHIMPUNAN AMAN MAKMUR
PERHIMPUNAN AMAN MAKMUR
Himpunan 355 akan berlangsung aman, harmoni
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan menegaskan bahawa Himpunan 355 ini merupakan satu perhimpunan aman dan bertujuan untuk mengharmonikan ummah dalam perjuangkan isu pindaan Akta 355.
Menurutnya, himpunan ini akan dianjurkan secara tertib dan mematuhi undang-undang serta secara aman dan harmoni dalam mendidik rakyat mengenai isu yang diutarakan.
“Tiada perarakan jalan raya dan gerakan anti keamanan serta tidak mengancam kestabilan negara malah himpunan ini akan diserikan dengan pedoman agama yang dibimbing oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.
“Oleh itu, sesetengah pihak tidak perlu bimbang ataupun menentang perhimpunan ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Pas akan menganjurkan himpunan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) bagi memberikan penjelasan penuh mengenainya bertempat di Dataran Merdeka pada 18 Februari nanti.
Tambahnya lagi, permohonan dari pihak Sekretariat Penganjur telah dihantar kepada pihak berwajib dan satu perbincangan bersama pihak yang terlibat mengenai perhimpunan tersebut.
“Kami akan turut menghadap pihak YB Dato' Menteri Wilayah, Dato Bandar dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)bagi berbincang secara beradab dan tertib.
“Pihak kami juga akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjaga kebersihan tapak program, keselamatan, ketenteraman awam, keceriaan dan akan memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel PERHIMPUNAN AMAN MAKMUR
Sekianlah artikel PERHIMPUNAN AMAN MAKMUR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERHIMPUNAN AMAN MAKMUR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/perhimpunan-aman-makmur.html