Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan

Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan
link : Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan

Baca juga


Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan

PUTRAJAYA: Golongan profesional seperti doktor dan pengusaha taska persendirian antara yang dikesan terlibat menyebarkan ajaran sesat seperti ajaran Millah Abraham di kawasan Putrajaya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Anggota Parlimen Putrajaya itu berkata beliau “turun” sendiri ke kawasan yang disyaki menjadi tumpuan penyebaran ajaran sesat itu dan surau selain dimaklumkan penduduk mengenai kegiatan tersebut.

Menurutnya, golongan doktor yang membuka klinik di kawasan itu dikesan mengambil kesempatan menyebarkan ajaran yang bertentangan ajaran Islam sebenar itu kepada pesakit yang dibantu kerana masalah kewangan.

“Pengusaha taska atau pusat asuhan kanak-kanak yang dipercayai datang daripada Bangi, Pinggiran Putra serta Sepang ini mengenakan bayaran yang agak murah bagi menarik perhatian ibu bapa dan akhirnya menggunakan peluang itu untuk menyebarkan dakyah atau fahaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan sebanyak RM48,000 untuk Program Tahsin Iqra dan Hafazan kepada 25 sekolah di Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata penularan ajaran sesat dipandang serius oleh pihaknya melalui pemantauan berterusan selain memperkasakan program keagamaan melalui ceramah dan syarahan agama oleh tokoh ternama dari luar yang diadakan setiap minggu di surau dan masjid.

Beliau turut meminta Majlis Perwakilan Penduduk, Rukun Tetangga, masyarakat serta anggota Umno untuk memantau dan membendung penularan ajaran sesat kerana dibimbangi boleh mempengaruhi penduduk Putrajaya yang 98% daripadanya beragama Islam.

Kumpulan Millah Abraham diisytihar sebagai ajaran sesat pada 2009 kerana didapati menyeleweng daripada akidah Islam dan pengikutnya dianggarkan sudah menjangkau 5,000 orang di seluruh negara dengan menyasarkan golongan muda yang kurang mendapat didikan Islam.

Sumber: FMT

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan

Sekianlah artikel Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengusaha taska dikesan sebar ajaran sesat - Ku Nan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/pengusaha-taska-dikesan-sebar-ajaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :