Judul : PENASIHAT UNDANG-UNDANG SUU KYI DITEMBAK MATI
link : PENASIHAT UNDANG-UNDANG SUU KYI DITEMBAK MATI
PENASIHAT UNDANG-UNDANG SUU KYI DITEMBAK MATI
Yangon - U Ko Ni, 65, penasihat undang-undang kepada pemimpin Myanmar, Daw Aung San Suu Kyi, telah ditembak mati ketika berada di Lapangan Terbang Yangon petang semalam.
Memetik laporan Myanmar Times, dalam kejadian itu turut ditembak mati adalah seorang pemandu teksi.
U Ko Ni ketika kejaian baru tiba dari Indonesia selepas menjadi delegasi Myanmar untuk menghadiri mesyuarat kepimpinan kanan di Jakarta.
"Ketika kejadian dia sedang menunggu di stesen teksi di lapangan terbang pada kira-kira jam 4:30 petang, apabila tiba-tiba beliau diserang 'hendap' lantas ditembak di kepala dan terbunuh di tempat kejadian," jelas polis.
Sementara itu menurut, wakil kerajaan Myanmar U Win Htein menzahirkan kesedihan mengenai berita itu.
"Myanmar dilanda awam gelap hari ini, dan kehilangan beliau sangat besar bagi negara ini," ujar U Win Htein kepada The Myanmar Times.
Kini Polis Myo Naing, mengesyaki bahawa penembak yang melakukan perkara itu adalah seorang lelaki berusia 53 tahun dari Mandalay.
Suspek telah ditangkap dan disoal siasat oleh polis. Namun motif tembakan masih belum diketahui.
U Ko Ni adalah seorang peguam terkemuka dan penaung Persatuan Peguam Muslim Myanmar yang baru dibentuk.
Demikianlah Artikel PENASIHAT UNDANG-UNDANG SUU KYI DITEMBAK MATI
Sekianlah artikel PENASIHAT UNDANG-UNDANG SUU KYI DITEMBAK MATI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENASIHAT UNDANG-UNDANG SUU KYI DITEMBAK MATI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/penasihat-undang-undang-suu-kyi.html