[PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI

[PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI
link : [PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI

Baca juga


[PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI


Mangsa banjir terpaksa berpindah sekali lagi


Penduduk Kampung Temai Tengah yang berpindah akibat banjir ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai sejak lima hari lalu, terpaksa berpindah sekali lagi hari ini.

Paras air semakin meningkat sehingga menenggelamkan tingkat bawah bangunan sekolah itu setinggi lebih lima meter, memaksa kesemua 116 mangsa dari 27 keluarga itu dipindahkan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan seawal jam 9 pagi tadi.

Pemangku Pengerusi Bencana Daerah Pekan, Mohd Zukri Sidek berkata, langkah tersebut diambil sebagai langkah keselamatan berikutan peningkatan paras banjir semasa walaupun cuaca cerah.




Menurutnya, tingkat bawah bangunan sekolah itu mula ditenggelami banjir dua hari lepas dan sebarang bantuan terutama bekalan makanan hanya dapat dihantar menggunakan bot.

"Semua mangsa berada dalam bangunan sekolah yang sekelilingnya sudah ditenggelami banjir dan sebagai langkah awal keselamatan, mereka perlu dipindahkan.

"Proses memindahkan mangsa dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Mangsa dibawa menaiki bot mengharung sungai sejauh 300 meter sebelum menaiki kenderaan tentera ke pusat pemindahan IKBN Pekan yang jarak hampir 25 kilometer,"katanya.

Mohd Zukri berkata, pihaknya akan meneliti semula kesesuaian SK Temai dijadikan pusat pemindahan banjir untuk masa akan datang bagi mengelak perkara sama berulang.

Bagi seluruh daerah Pekan setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 1,122 mangsa banjir dari 294 keluarga masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan.




Demikianlah Artikel [PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI

Sekianlah artikel [PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] MANGSA BANJIR TERPAKSA BERPINDAH SEKALI LAGI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/pekan-mangsa-banjir-terpaksa-berpindah.html

Subscribe to receive free email updates: