PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355

PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355
link : PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355

Baca juga


PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355

 FMT| January 14, 2017
Jofri berkata, Abang Johari lebih terbuka dan mungkin beliau akan memberi kebebasan kepada ahli Parlimen BN Sarawak untuk mengundi menyokong RUU 355.
Jofri-Jaraiee_abang-johari-openg_sarawak_pas_600
PETALING JAYA: PAS Sarawak akan cuba mengadakan perjumpaan dengan Datuk Abang Johari Openg bagi mendapatkan sokongan ketua menteri Sarawak baharu itu terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyifatkan Abang Johari lebih terbuka dan cenderung kepada Islam.

“Yang baru (Abang Johari) ini agak terbuka sedikit. Kita mungkin akan buat perjumpaan dengan beliau sambil kita bagi tahu (mengenai RUU 355) supaya dapat sokongan dari mereka.
“Sebab dia lebih cenderung kepada Islam juga. Mungkin dia bagi kebebasan, tidak mengikat mana-mana ahli Parlimen (BN Sarawak) untuk mengundi (sokong RUU 355),” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Pada 23 November lalu, Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tan Sri Adenan Satem mengarahkan semua ahli Parlimen BN negeri itu termasuk yang beragama Islam menolak RUU 355.

Arahan itu turut disokong Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian yang berkata, parti komponen BN Sarawak tidak akan menyokong RUU 355 kerana menganggap ia tidak seiring intipati Perjanjian Malaysia 1963.

Pada 24 November lalu, presiden PAS meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul RUU persendirian yang dibawakannya ke sidang berikut yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penangguhan itu bertujuan membolehkan pindaan dilakukan terhadap RUU 355 yang hanya akan didedahkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.


Demikianlah Artikel PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355

Sekianlah artikel PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS mahu jumpa ketua menteri Sarawak baharu raih sokongan RUU 355 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/pas-mahu-jumpa-ketua-menteri-sarawak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :