Judul : PAKATAN TUTUP MARA ?
link : PAKATAN TUTUP MARA ?
PAKATAN TUTUP MARA ?
Fitnah: Pejabat Guan Eng lapor polis
GEORGETOWN - Satu laporan polis dibuat berhubung satu mesej fitnah terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp pagi tadi.
Laporan polis itu dibuat Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Mejar Zaidi Ahmad di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira 10.30 pagi tadi.
Zaidi yang ditemui di pekarangan IPDTL berkata, laporan polis itu dibuat selepas beliau menerima mesej berkenaan pada 1 Januari lalu kira-kira jam 5.58 pagi.
Menurutnya, mesej berkenaan memaparkan gambar Guan Eng bersama kenyataan 'Pakatan akan tutup Mara. Kita akan tutup segala entiti berkait dengan Mara selagi ia tidak terbuka untuk semua kaum. Itu janji saya untuk kerajaan dibawah Pakatan'.
"Mesej itu didapati dihantar melalui kumpulan WhatsApp bernama 'Bersatu Lwn Kezaliman' oleh seorang individu yang dikenali sebagai Mizan Johor. Nombor telefon yang digunakannya juga sudah diserahkan kepada polis.
"Saya mendapati, mesej itu merupakan satu fitnah jenayah terhadap Guan Eng kerana Ketua Menteri tidak pernah membuat kenyataan yang menyentuh isu penipuan segala entiti yang berkaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Selain itu, Guan Eng juga tidak pernah menghantar atau mengarahkan mana-mana pihak menghantar mesej seperti itu bagi pihak beliau," katanya.
Menurutnya, laporan polis itu adalah yang kedua dibuat olehnya dalam tempoh dua minggu.
"Ini laporan kedua saya kerana kita mendapati, ada sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab
menyebarkan fitnah terhadap Ketua Menteri. Oleh itu, saya menggesa polis segera menyiasat pihak tidak bertanggungjawab ini yang dilihat sengaja menimbulkan isu perkauman dan kebencian terhadap Guan Eng.
"Semua mesej melalui media sosial yang disebarkan menggunakan nama Ketua Menteri adalah penipuan. Kita harap polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 499 atau 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memfitnah," katanya.
Dua minggu lalu, Zaidi membuat laporan polis berhubung mesej palsu yang disebarkan melalui WhatsApp yang juga menggunakan gambar Guan Eng.
Dalam mesej berkenaan, ia mendakwa Guan Eng bersetuju dengan tindakan Aung San Suu Kyi yang menentang kaum Rohingya.
Demikianlah Artikel PAKATAN TUTUP MARA ?
Sekianlah artikel PAKATAN TUTUP MARA ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAKATAN TUTUP MARA ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/pakatan-tutup-mara.html