Judul : [NEPOTISME] Trump lantik menantu jadi penasihat White House
link : [NEPOTISME] Trump lantik menantu jadi penasihat White House
[NEPOTISME] Trump lantik menantu jadi penasihat White House
11 Rabiulakhir 1438H, Selasa – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melantik menantunya, Jared Kushner sebagai salah seorang penasihat kanan White House.
Pemilihan itu dilihat sebagai ganjaran kebergantungan Trump terhadap Jared dalam kempen pemilihan presiden dan peranannya di White House meliputi polisi domestik dan antarabangsa.
Jared berketurunan Yahudi, suami kepada anak perempuan Trump, Ivanka menerima tugas itu selepas penasihat perundangan menjelaskan pelantikan berkenaan tidak melanggar undang-undang antinepotisme Amerika Syarikat, meskipun membabitkan keluarga terdekat.
“Jared adalah aset besar dan penasihat yang dipercayai sepanjang kempen serta peralihan, dan saya bangga dengan kehadiran beliau dalam kepimpinan utama pentadbiran saya,” kata Trump yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada 20 Januari depan.
Dengan pelantikan itu, Jared berkata, beliau akan melepaskan gajinya sepanjang berkhidmat dalam pentadbiran itu.
Jared dan adiknya menjadi pengasas bersama syarikat pelaburan, yang mana beliau merupakan seorang pelabur aktif dalam syarikat teknologi dan menjadi lembaga pengarah dalam beberapa syarikat baharu.
Peguamnya, Jamie Gorelick juga memberitahu, Jared akan meletakkan jawatan sebagai CEO Kushner Companies dan melupuskan aset besar mengikut garis panduan persekutuan. – Agensi
Demikianlah Artikel [NEPOTISME] Trump lantik menantu jadi penasihat White House
Sekianlah artikel [NEPOTISME] Trump lantik menantu jadi penasihat White House kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [NEPOTISME] Trump lantik menantu jadi penasihat White House dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/nepotisme-trump-lantik-menantu-jadi.html