Judul : Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan
link : Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan
Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan
PULAU PINANG 3 Jan. – Raut wajah ‘mat saleh’ menyebabkan kehadiran seorang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini hari ini menarik perhatian guru dan rakan-rakan pada hari pertama persekolahan.
Menariknya, Abdul Wa’ie Mohd. Rafi, 7, dilihat tidak kekok mengikuti sesi pembelajaran kerana mempunyai pengalaman bergaul dengan rakan-rakan Melayu semasa prasekolah di Taska Al-Falah Gelugor, tahun lepas.
Abdul Wa’ie hadir ke sekolah dengan ditemani ibu, Nur Juliana Phinn, 51, dan bapa, Mohd. Rafi Abu Bakar, 46.
Mohd. Rafi berkata, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang berasal dari England sejak tujuh tahun lalu dan anaknya sudah biasa dengan suasana kehidupan Melayu serta boleh berbahasa Melayu dengan baik ketika berkomunikasi bersama pengasuh dan rakan-rakannya.
Dia yang bertugas sebagai eksekutif penyelenggaraan di syarikat swasta berkata, anaknya dihantar ke sekolah itu untuk memastikan nilai kewarganegaraan dan kemelayuan dapat dipupuk meskipun penampilannya berbeza berbanding murid lain.
“Dia gembira apabila saya menyatakan hasrat mahu mendaftarkannya di sekolah ini. Saya harap raut wajahnya berbeza membuatkan lebih ramai rakan mendekatinya bagi memudahkan dia belajar.
“Alhamdulillah, malam tadi pun dia tidur awal dan saya boleh nampak kegembiraannya untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui selepas lawatan Pengarah Pendidikan negeri, Shaari Osman di sekolah berkenaan.
Kegembiraan murid tahun satu SK Sungai Gelugor juga ditambah dengan penampilan khas adiwira Iron Man yang menyambut mereka di pintu pagar awal pagi ini.
Watak animasi popular yang mengenakan kostum lengkap itu turut beramah mesra dan bersalaman dengan murid sebelum mereka memulakan sesi persekolahan.
SK Sungai Gelugor menerima seramai 117 murid tahun satu bagi sesi persekolahan baharu tahun ini iaitu sebahagian daripada 20,594 murid tahun satu yang mendaftar di 271 sekolah di seluruh negeri ini.

Demikianlah Artikel Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan
Sekianlah artikel Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Murid ‘mat saleh’ masuk sekolah kebangsaan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/murid-mat-saleh-masuk-sekolah-kebangsaan.html