Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah

Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah
link : Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah

Baca juga


Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah

Mukhriz
Mukhriz
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui sukar untuk pembangkang menawan kembali negeri yang pernah diterajuinya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali Kedah akan diperkukuh dan dilipatgandakan bagi memastikan ia kembali ke tangan pembangkang.
"Kedah bukan lagi negeri di bawah kuasa saya. Saya akui kita kini di pihak pembangkang, sentiasa berdepan kesukaran untuk berpolitik di negeri itu.

"Jadi pihak lawan ini (pembangkang) tidak mudah. Kita tahu yang kita sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding dengan BN," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu dipetik sebagai berkata, Umno Kedah bekerja keras supaya negeri itu terus kekal di bawah pimpinan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib mahu Kedah kekal milik BN]
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, antara kesukaran yang terpaksa ditempuh Bersatu di negeri itu termasuklah sukar untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan berkempen.

"Saya ingat semua pihak tentu akan kerja kuat untuk meyakinkan rakyat supaya memihak kepada parti masing-masing pada pilihan raya nanti.
"BN ada kelebihan dengan memegang kerajaan sedia ada. Semua kemudahan kerajaan disediakan bagi kemudahan BN. Kita sebagai pembangkang perlu berusaha lebih gigih dalam menangani kelemahan yang ada. Nak cari tempat pun tidak mudah di sini (Kedah)," katanya lagi.


Demikianlah Artikel Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah

Sekianlah artikel Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mukhriz : Sukar tawan kembali Kedah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/mukhriz-sukar-tawan-kembali-kedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :