MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355

MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355
link : MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355

Baca juga


MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355

 | January 24, 2017
Liow berkata, MCA akan menentang habis-habisan jika mendapati pindaan terhadap RUU 355 yang diambil alih BN hampir sama dengan versi asal dikemukakan Hadi.
liow-tiong-lai_law_600
PETALING JAYA: Barisan Nasional akan berpecah belah, jika Umno berkeras membentangkan pindaan yang sama atau seakan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang diusulkan PAS, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Presiden MCA itu dalam wawancara eksklusif bersama Sin Chew Daily berkata, pendirian parti itu sangat jelas dan tegas, mereka akan menentang habis-habisan jika mendapati pindaan terhadap RUU 355 yang diambil alih BN hampir sama dengan versi asal dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Walaupun kami hanya mempunyai 7 ahli Parlimen, kami akan undi membantah.”
Katanya, Umno akan menjadi punca merosakkan semangat BN, jika parti itu tidak mempedulikan bantahan parti komponen dan membentangkan RUU 355 yang melanggar Perlembagaan.

“Siapa yang melaksanakan dan bersetuju dengan RUU melanggar Perlembagaan itu adalah orang memecahbelahkan BN. Sampai masa nanti, bukan MCA yang merosakkan semangat BN, tetapi Umno.

“Tanpa semangat BN, BN masih boleh hidup ke?” soalnya.
Menteri pengangkutan itu berkata, versi RUU 355 Hadi yang diubah suai termasuk meningkatkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 serta 100 sebatan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan jika diluluskan, ia akan membuka “jalan keluar” bagi “enakmen jenayah syariah setiap negeri”.
“kami bimbang dan bantah kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah lebih rendah daripada mahkamah sivil, jadi walaupun ia diluluskan kerajaan negeri (Kelantan), hudud masih tidak boleh dilaksanakan.

“Tetapi, jika cadangan (RUU 355) Hadi diluluskan (Parlimen), bidang kuasa Mahkamah Syariah akan diperluaskan sehingga sama atau melebihi mahkamah sivil, maka setiap negeri boleh melaksanakan hudud.”

Beliau menyifatkan tindakan itu akan menyebabkan Malaysia mempunyai 2 set undang-undang dan rakyat akan berpecah belah.
Katanya, mengekalkan perpaduan negara adalah satu daripada misi MCA dan parti itu tidak boleh bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang mahu menyebabkan Malaysia tidak stabil.

Beliau berharap orang Cina akan bersatu bagi menghalang RUU 355 diluluskan.
“Ini tidak lagi terhad kepada parti politik atau perbezaan politik,” katanya sambil menjelaskan MCA bukan anti-Islam, sebaliknya ia adalah dakwaan dilemparkan pihak berniat jahat.

Liow berkata, MCA hanya akan memberikan sokongan jika kerajaan meminda RUU 355 Hadi mengikut Perlembagaan Persekutuan


Demikianlah Artikel MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355

Sekianlah artikel MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA dakwa BN akan berpecah, jika Umno lulus RUU 355 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/mca-dakwa-bn-akan-berpecah-jika-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :