Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF

Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF
link : Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF

Baca juga


Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF


Di dalam Penyata Rasmi Parlimen (hansard) rujukan jam 3.41 petang. hari Selasa, 22 November 1983, Ketua Pembangkang pada masa itu, Lim Kit Siang telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri pada masa itu telahpun membuat pusingan u (u-turn) dalam Skandal BMF. Ianya berkaitan keenganan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat Skandal BMF. 

Agak pelik sekiranya Perdana Menteri seorang yang telus, baru pula mengambil alih jawatan Perdana Menteri sewaktu kes berkenaan sedang hangat diperkatakan dan beliau ingin kelihatan bersih dan suci kenapa menghalang tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Di Raja? Hansard penuh parlimen seperti rujukan di atas adalah seperti berikut: 
Tuan Lim Kit Siang (Kota Melaka):
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan bahawa Anggaran. Perbelanjaan bagi Maksud B. 30, Butiran Kod 1100 - Gaji dan Upahan, Program (1) Pentadbiran Am, (a) Pentadbiran diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak $10 berkaitan dengan gaji Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan 13255 22 NOVEMBER 1983 13256 usul ini yang bertujuan memotong gaji Menteri Kewangan sebanyak $10 sebagai membantah sekeras-kerasnya cara Kerajaan telah mengendalikan setakat ini skandal pinjaman $2,500 juta Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong.
*Disebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa Kementerian Kewanganlah yang bertanggungjawab ke atas Bank Bumiputra dan BMF dan bukan Jabatan Perdana Menteri, maka saya kini mencadangkan usul ini untuk memotong gaji Menteri Kewangan dan bukan gaji Perdana Menteri.*
Cara Kerajaan mengendalikan skandal BMF telah discreditkan sama sekali kedua-dua cogan kata popular pentadbiran sekarang yakni Kerajaan "Bersih, Cekap dan Amanah" dan "Pimpinan Melalui Tauladan". Sehingga sekarang Kerajaan tidak mahu memberi satu laporan kepada Parlimen mengenai skandal BMF dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan hanya memberi lip-service kepada prinsip demokrasi berparlimen. Apa yang menjadi lebih serius ialah Kerajaan tidak mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan satu penyiasatan awam yang meluas ke dalam skandal BMF.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dilaporkan sebagai berkata pada 22hb Oktober lalu yang Kerajaan sedang menimbang kemungkinan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja tetapi seminggu kemudian di Labuan, beliau telah gostan balik dan menafikan yang beliau telah berkata demikian dan beliau seterusnya mengumumkan bahawa Kerajaan tidak berniat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja. Beliau berkata bahawa Kerajaan akan menjalankan siasatannya sendiri ke dalam skandal BMF.
Pemuda UMNO yang sekian lama membanggakan dirinya sebagai berdiri di barisan hadapan menentang segala jenis pengkhianatan dan penyelewengan amanah wang awam telah bersikap begitu "timid" atas skandal BMF. Mereka telah menganjurkan satu rapat umum mengenai krisis Perlembagaan tetapi ia berfikir skandal BMF tidaklah begitu penting untuk menganjurkan satu rapat umum khusus baginya.


Demikianlah Artikel Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF

Sekianlah artikel Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Kit Siang Pernah Dedahkan Tun Dr Mahathir Buat U-Turn Dalam Skandal BMF dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/lim-kit-siang-pernah-dedahkan-tun-dr.html

Subscribe to receive free email updates: