Judul : Lebih Baik PAS Berkahwin Secara Sah dengan UMNO daripada BERMUKAH melalui Hubungan SULIT
link : Lebih Baik PAS Berkahwin Secara Sah dengan UMNO daripada BERMUKAH melalui Hubungan SULIT
Lebih Baik PAS Berkahwin Secara Sah dengan UMNO daripada BERMUKAH melalui Hubungan SULIT
Tun Mahathir Mohamad menegaskan, tempoh untuk Pas berbincang bagi mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan sudah pun berakhir.
Menurut beliau, Bersatu sudah memberi lebih masa kepada Pas bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan dan berbincang.
"Selepas Bersatu menyatakan syarat yang dikehendaki, Pas pula selepas sekian lama masih tidak memberi sebarang jawapan.
"Hasrat Bersatu, jika Pas tak nak sertai Pakatan Harapan, Bersatu akan berada dalam Pakatan Harapan. Kalau Pas tak nak, (biar) tak naklah," kata Tun Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu.
Dengan penegasan Tun Mahathir ini, bermakna pertembungan sebenar dalam PRU 14 adalah antara BN dengan Pakatan Harapan.
Maka, sekarang ini terserahlah pula kepada Pas untuk membuat keputusan yang seterusnya.
Tetapi, barang diingat, apa pun keputusan Pas selepas ini, ia tetap memihak untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN.
Setelah berkali-kali memberi penegasan untuk bertanding hanya di 70 kerusi Parlimen saja, Pas, jika bertanding secara bersendirian, tidak mungkin mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan.
Boleh jadi juga hasrat Pas untuk menjadi "king maker" tidak akan kesampaian kerana adalah lebih baik pengundi untuk terus saja membuat pilihan antara BN atau Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan yang mentadbir negara ini.
Jadi, pilihan yang terbaik ialah agar Pas dan cepat-cepat mengajak UMNO untuk "menikah" daripada terus-menerus hidup "bermukah" yang menyebabkan nasib masa depan turut tidak ketahuan.
Demikianlah Artikel Lebih Baik PAS Berkahwin Secara Sah dengan UMNO daripada BERMUKAH melalui Hubungan SULIT
Sekianlah artikel Lebih Baik PAS Berkahwin Secara Sah dengan UMNO daripada BERMUKAH melalui Hubungan SULIT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lebih Baik PAS Berkahwin Secara Sah dengan UMNO daripada BERMUKAH melalui Hubungan SULIT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/lebih-baik-pas-berkahwin-secara-sah.html