Judul : [KUANTAN] SURI RUMAH DERITA TULANG RAPUH
link : [KUANTAN] SURI RUMAH DERITA TULANG RAPUH
[KUANTAN] SURI RUMAH DERITA TULANG RAPUH
Selepas terjatuh ketika keluar dari bilik air, seorang suri rumah disahkan mengalami tulang rapuh, menyebabkan pahanya terpaksa dibedah, Mei tahun lalu.
Nor Aziah Puteh, 52, berkata, sebelum kejadian itu, dia tidak pernah mengetahui bahawa dia mengidap penyakit itu.
Menurutnya, sejak menjalani pembedahan di bahagian sendi bola yang digantikan dengan sendi bola besi, dia kini sukar untuk bergerak dan tidak boleh melakukan kerja berat.
Katanya, sebelum ini dia memperoleh pendapatan sampingan untuk membantu suaminya, Mohd Abdullah, 54, yang bekerja sebagai nelayan dengan mengasuh anak jiran.
“Namun dengan keadaan saya sekarang, susah untuk saya bergerak malah untuk memasak pun saya tak dapat berdiri lama. Bila berdiri lama, rasa sakit di bahagian paha,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Beserah, di sini.
Nor Aziah berkata, dia perlu menjalani rawatan susulan dua bulan sekali di hospital.
“Doktor memaklumkan kesan kecederaan dan pembedahan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk sembuh,” katanya.
Nor Aziah berkata, dia bersyukur kerana Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang, tampil membantu menyumbangkan kerusi roda kepadanya.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] SURI RUMAH DERITA TULANG RAPUH
Sekianlah artikel [KUANTAN] SURI RUMAH DERITA TULANG RAPUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] SURI RUMAH DERITA TULANG RAPUH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/kuantan-suri-rumah-derita-tulang-rapuh.html