Judul : [KUANTAN] PUAS HATI BANYAK PERUBAHAN DI PUSAT PEMINDAHAN
link : [KUANTAN] PUAS HATI BANYAK PERUBAHAN DI PUSAT PEMINDAHAN
[KUANTAN] PUAS HATI BANYAK PERUBAHAN DI PUSAT PEMINDAHAN
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Ahmad Shah melahirkan rasa puas hati terhadap perubahan positif situasi di pusat pemindahan sementara di Dewan Sri Damai ketika berkenan berangkat melawat 233 mangsa banjir daripada 91 keluarga terjejas, semalam.
Tengku Abdullah bertitah, antara perubahan yang dibuat adalah terhadap penghadang untuk ruang wanita.
Titah baginda, ia merupakan satu inisiatif yang baik dilakukan kerajaan ke arah penambah baikkan di pusat pemindahan banjir.
"Dengan perubahan yang dilakukan, ia memberi keselesaan kepada penduduk terjejas.
"Selain itu, saya berharap petugas yang terdiri daripada penjawat awam di negeri ini bersikap proaktif dan prihatin dalam menangani mangsa banjir terutama dari segi kemudahan dan makanan untuk mangsa terjejas, "titah baginda kepada media selepas berangkat mencemar duli melawat mangsa banjir di sini.
Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama Adun Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.
Tengku Mahkota turut mengingatkan penduduk yang berada di kawasan risiko banjir agar mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa.
Dalam pada itu baginda melahirkan rasa syukur ekoran situasi banjir di negeri ini masih terkawal.
Titah baginda, walaupun dikatakan bakal berlaku gelombang kedua, namun baginda yakin ia dapat ditangani dengan baik.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah menasihatkan penduduk yang sakit dan wanita mengandung supaya ke hospital bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Pada lawatan itu, baginda dan Tunku Azizah berkenan menyampaikan sumbangan selain memasak juadah makan malam untuk mangsa banjir.
Sumber
Demikianlah Artikel [KUANTAN] PUAS HATI BANYAK PERUBAHAN DI PUSAT PEMINDAHAN
Sekianlah artikel [KUANTAN] PUAS HATI BANYAK PERUBAHAN DI PUSAT PEMINDAHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PUAS HATI BANYAK PERUBAHAN DI PUSAT PEMINDAHAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/kuantan-puas-hati-banyak-perubahan-di.html