Judul : Kereta api langgar beca, 6 murid maut
link : Kereta api langgar beca, 6 murid maut
Kereta api langgar beca, 6 murid maut
Sinar Harian
Gambar hiasan
KARACHI - PAKISTAN. Sebuah kereta api melanggar beca bermotor semalam menyebabkan enam murid yang dalam perjalanan ke sekolah serta seorang pemandu beca maut, menjadikan kemalangan kereta api maut ketiga di negara itu dalam tempoh empat bulan.
Kanak-kanak yang maut dalam kemalangan di selatan wilayah Punjab, berusia di antara enam hingga 10 tahun, kata pegawai polis Asad Sarfaraz.
Sarfaraz berkata, pagar lintasan terbuka ketika kemalangan bererti ia dibenarkan dilalui oleh kenderaan bagi menyeberangi landasan kereta api
Menteri Persekutuan perkhidmatan kereta api, Khawaja Saad Rafique berkata kepada pemberita, cuaca mungkin menjadi punca kemalangan itu
"Kita perlu menyiasat sama ada ia disebabkan kecuaian dan disebabkan kabus tebal,'kata Rafique dipetik Reuters.
20 orang terbunuh manakala berpuluh cedera pada 3 November selepas sebuah kereta api merempuh di bandar pelabuhan Karachi
September lalu, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 93 cedera apabila sebuah kereta api ekspres merempuh sebuah kereta api barang berhampiran bandar Multan di wilayah Punjab.
Demikianlah Artikel Kereta api langgar beca, 6 murid maut
Sekianlah artikel Kereta api langgar beca, 6 murid maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kereta api langgar beca, 6 murid maut dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/kereta-api-langgar-beca-6-murid-maut.html