Kejam, Ibu Boleh Senyum Selepas Menikam Anak Perempuannya.
Seorang wanita sanggup menikam anak perempuannya yang berusia lima tahun, Giovanna Larae Hernandez hingga mati.
Lebih menyakitkan hati ialah apabila gambar mugshot yang diambil ketika dia dituduh membunuh anaknya itu, adalah dalam kedaan dia tersenyum dan ketawa.
Krystle Villanueva, 24, langsung tidak berasa bersalah itu, turut menikam bapa mertuanya, Eustorgio Arellano-Uresti ketika lelaki itu cuba menghalangnya daripada menikam Giovanna, di rumah mereka di Texas.
Dia kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. Meskipun laporan toksilogi masih belum dikeluarkan, namun rakan-rakan Krystle menyatakan wanita itu merupakan penagih dadah.
Krystle juga ketagih alkohol malah pernah dimasukkan ke pusat pemulihan pada 2015.
“Dia ke pusat pemulihan untuk menjalani program selama 90 hari dan selepas keluar, dia kelihatan bagus serta mendapat pekerjaan
“Dia cuba mendapatkan pertolongan. Saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku,’’ kata rakan Krystle, Sabrine Sifuentez.
Demikianlah Artikel Kejam, Ibu Boleh Senyum Selepas Menikam Anak Perempuannya.
Sekianlah artikel Kejam, Ibu Boleh Senyum Selepas Menikam Anak Perempuannya. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kejam, Ibu Boleh Senyum Selepas Menikam Anak Perempuannya. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/kejam-ibu-boleh-senyum-selepas-menikam.html