Judul : KALAU BERSETUJU TAHALUF JANGAN BERSIFAT MUNAFIK
link : KALAU BERSETUJU TAHALUF JANGAN BERSIFAT MUNAFIK
KALAU BERSETUJU TAHALUF JANGAN BERSIFAT MUNAFIK
Perinci tahaluf siyasi: PKR Kelantan
KOTA BHARU - PKR Kelantan menghormati keputusan Pas untuk memperincikan kandungan tahaluf siyasi antara parti itu dan jemaah lain malah akan menerima apa sahaja keputusan dibuat selagi ia boleh menjamin kemenangan dalam pilihan raya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, Pas bebas membuat apa saja keputusan yang difikirkan baik sekaligus dapat menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang.
“Umum mengetahui, sebagai sebuah parti, kemenangan dalam pilihan raya menjadi matlamat utama.
“Kami akan menerima apa sahaja keputusan yang bakal dimuktamadkan Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Ab Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa parti itu akan memperincikan kandungan tahaluf siyasi mereka melalui perbincangan bersama jemaah lain yang dijadualkan pertengahan bulan ini.
Hashim Jasin berkata, pada dasarnya Pas telah meletakkan agama di kedudukan pertama sebagai syarat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRU14, malah pintu kerjasama itu terbuka kepada mana-mana pihak termasuk yang pernah memusuhi parti itu, dengan syarat ia perlu dipimpin oleh Islam.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, menjadi harapan pihaknya agar semua parti pembangkang dapat bergabung untuk menentang BN pada PRU akan datang.
“Kami yakin jika semua parti pembangkang boleh bergabung, insya ALLAH BN akan dapat ditumbangkan,” katanya.
Demikianlah Artikel KALAU BERSETUJU TAHALUF JANGAN BERSIFAT MUNAFIK
Sekianlah artikel KALAU BERSETUJU TAHALUF JANGAN BERSIFAT MUNAFIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KALAU BERSETUJU TAHALUF JANGAN BERSIFAT MUNAFIK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/kalau-bersetuju-tahaluf-jangan-bersifat.html